Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngak.tif.kan] | مڠکتيفکن

Definisi : membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngak.tif.kan] | مڠکتيفکن

Definisi : membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaktifkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAK PAHIT

Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang

diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar,

atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang

meminum arak pahit sebagai ubat untuk

menambahkan selera dan mengaktifkan

pencernaan. Manusia juga menggunakan arak

pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol

tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu

termasuklah Angostura, cinchona, limau oren,

gentian, dan camomile.

UMUM 
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
SUIS ELEKTRIK

Suis elektrik ialah peranti yang mengawal aliran

arus elektrik dalam litar. Jenis yang paling biasa

ialah suis togol tindakan sentap yang digunakan

untuk menghidupkan dan memadamkan lampu.

Dalam suis demikian, handal tertebat mengaktifkan

mekanisme tersorok yang menyambungkan atau

memutuskan litar. Apabila suis dihidupkan dua

logam bersentuh dan arus mengalir melalui litar.

Apabila suis ditutup sentuhan terpisah dan aliran

arus terputus.

UMUM 
PERAKAM PITA

Perakam pita ialah alat untuk merakamkan

bunyi, gambar dan pelbagai jenis maklumat pada

pita magnet. Ia juga boleh memainkan semula

rakaman pita. Perakam pita digunakan dengan

meluas oleh industri rakaman dan dalam siaran

radio dan televisyen. Berjuta-juta orang gemar

mendengar muzik dari perakam pita di rumah dan

dalam kereta mereka. Rakaman pita dari buku yang

dikenali sebagai buku bercakap, dibuat khas untuk

orang buta. Perakam pita juga boleh digunakan

untuk merakamkan data dari komputer,

perencanaan, bacaan dari alat saintifik dan isyarat

yang mengaktifkan kelengkapan berautomasi.

UMUM 

Kembali ke atas