Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaku

Puisi
 

Angkat galah sandar galah,
     Mari disandar di pohon pinang;
Kalau alah mengaku kalah,
     Janganlah adik mengaku menang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
melibatkan kedua-dua pihak, iaitu pihak A dan pihak B membuktikan identiti masing-masing sesama sendiri. Pihak B dapat memastikan bahawa beliau berkomunikasi dengan pihak A dan bukannya pihak yang mengaku sebagai A dan sebaliknya. saluran bocor (Ig. leakage channel; Br. saluran bocor; Id. kanal bocor) Laluan maya dalam suatu sistem yang wujud akibat kegoyahan atau kelemahan ciri keselamatan. Laluan ini TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data. sangkalan (lg. repudiation) Salah satu ancaman keselamatan yang menyebabkan pengguna komputer menafikan tindakan yang telah diambil atau telah mengaku melakukan sesuatu tindakan yang tidak dilakukan. Banding tanpa sangkalan. sekatan pandangan (Ig. view restriction; Br. sekatan pandangan; Id. restriksi pandangan) Capaian terhad ke atas suatu set data dalam pangkalan data

Kembali ke atas