Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. me­ma­suki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui

Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul - 'beriman dengan' atau 'beriman kepada'? Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman dengan-Nya. Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Mereka mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya'.Tatabahasa05.01.2012
1. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja”.Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 2. “Pertunjukan itu telah jatuh dengan teruknya”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis, malah cenderung menggunakan bahasa percakapan dalam binaan ayat. Cadangan kami ayat tersebut diubah menjadi, Mereka berpandangan persembahan itu boleh tahan dan Mutu persembahan itu semakin menurun.Tatabahasa05.01.2015
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah:

Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.
Tatabahasa19.06.2014
Apakah jawapan yang betul untuk soalan 21.. Mengakui atau menyetujui...Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, jawapan yang paling sesuai ialah "menyokong".  Akan tetapi daripada pilihan jawapan yang diberi, yang paling dekat ialah "menyetujui "Lain-lain27.08.2014
apakah perbezaan antara "yang" dengan "bahawa". contoh ayat, Ali mengakui ( ) dia sememangnya berasa gementar sewaktu berucap di perhimpunan sekolah petang tadi. jawapan A. yang B. jika C. andai kata D. bahawa nampaknya jawapan A dan D boleh diterima

Saudara/Saudari,

"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Contoh: Saya membeli baju yang berwarna hijau. "Bahawa" ialah kata hubung pancangan komplemen (kata komplemen), berfungsi sebagai pelengkap pada klausa utama. Contoh, Guru itu menyatakan bahawa Anita sangat rajin.

Jadi menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut kata pancangan 'bahawa' ialah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat tersebut.

Tatabahasa20.09.2012
Adakah ini maksud 'invader' dalam bahasa Melayu?

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut. Maksud invader yang betul adalah seperti maklumat di bawah:

invader

  • n approp n + yg menyerang (sst): the ~s were driven back with heavy losses, tentera yg menyerang itu diusir dan mengalami kekalahan yg teruk; they were forced to make peace with the ~s, mereka terpaksa berdamai dgn negara yg menyerang negara mereka.
Makna25.01.2018
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "sahkan" dan "mengesahkan"? Sila berikan contoh. Sekian, terima kasih.Sahkan lazimnya digunakan dalam arahan atau kata perinta, seperti sila "sahkan kehadiran tuan", manakala mengesahkan bermaksud mengakui bahawa sesuatu benar, seperti beliau mengesahkan ketuanya akan berada di Tokyo selama empat hari.Tatabahasa11.03.2015
Assalamualaikum kpd tuan.. Sy hanya hendak menanyakan 1 persoalan yg sering bermain di fikiran sy.Ia berkenaan kepada isu bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia ole kerajaan.Ia ditukarkan hanya untuk as[ek perpaduan yang dikatakan oleh sebilangan masyarakat semakin rapuh.Sy tidak menolak pandangan itu dan mengakui perpaduan antara kaum di negara kita tidak seteguh dahulu.Tetepi,mengapa bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda kita ditukarkan??sedangkan dalam perlembagaan sudah termaktub dalam perkara 152 yang mengakui dan mengiktirafnya.Ini kerana orang cina mempunyai bahasanya sendiri (b.manderin) dan begitu juga dengan kaum india (b.tamil),sedangkan kaum Melayu tiada bahasanya...Saya hairan mengapa ia berlaku.Harap maaf jika ada kesilapan fakta dan bahasa.Harap pandangan daripada pihak tuan akan sy perolehi dengan secepat mungkin.Sekian terima kasih.. Daripada hamba ALLAH yang sayangkan bangsa..Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2008
maksud penuh 'plagiarism'Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.Makna19.02.2009
Apakah perbezaan makna perkataan mengiakan dan mengeyakan?Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu?.perkataan mengiakan lahir daripada kata dasar 'ia' manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar 'ya' membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu.Perkataan 'ya' yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- 'mengeyakan'.Oleh yang demikian kedu-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Tatabahasa03.05.2007
123

Kembali ke atas