Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. me­ma­suki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.kui]/[me.nga.ku.i] | مڠاکوءي

Definisi : 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui

Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hallucinationhalusinasiPsikologiPsikologi UmumPengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau.
acknowledgemengakuiPentadbiranTiadaTiada
denial of rightspenidakan hakSejarahTiadaKeengganan satu pihak untuk menerima dan mengakui serta mengesahkan hak pihak lain ke atas sesuatu perkara yang dituntut, seperti hak mengundi bagi wanita.
plagiarismciplakKomunikasiTiadaPerbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.
herbal remediesjamuPerubatanTiadaCampuran herba yang terdiri daripada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, bunga, buah, batang, biji dan akar yang digunakan untuk merawat penyakit. Jamu biasanya digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat masalah kesihatan atau lebih kerap digunakan sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Walaupun ramai yang mengakui keberkesanan ramuan tersebut namun, kajian secara saintifik perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Sinonim ramuan herba.
make overubah rupaKomunikasiKorporatProses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. Selain itu, ubah rupa juga bertujuan untuk memberikan identiti dan kekuatan baru kepada objek dalam mempersembahkan citra kepada khalayaknya. Matlamat akhirnya adalah untuk menambahkan sokongan dalam bentuk penerimaan dan pengiktirafan dalam jangka masa tertentu. Prinsip ubah rupa mengakui bahawa secara semula jadi, manusia memiliki tahap penerimaan dan persetujuan terhadap sesuatu objek secara terhad dan dibatasi masa. Dalam komunikasi korporat, proses ubah rupa perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengatasi kekangan tersebut. Dalam situasi semasa, proses ubah rupa kerap dilakukan pada objek dalam industri hiburan, politik, perniagaan, dan penerbitan. Perubahan ini dijangka membantu meningkatkan sokongan dan jualan.

Kembali ke atas