Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : 1 berpura-pura alah; dgn sengaja alah: Selama ini, abangnyalah yg selalu ~. 2 tidak mahu mempertahankan haknya, pendiriannya dsb: Dia tidak mahu ~ dlm perdebatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Puisi
 

Sayang ke darat menahan pukat,
     Sayang ke padang ke Sungai Merah;
Seperti kertas dengan dakwat,
     Sama menghancur sama mengalah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Tidak mengalah dan tidak merungut" atau "Tidak mengalah dan merungut". Adakah "tidak" perlu diulang dua kali untuk kedua-dua kata kerja negatif ini?Ayat yang betul ialah tidak mengalah dan tidak merungut.Tatabahasa26.05.2021
1)Budak perempuan yang liat hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.2)Encik Ali menyedarkan pekerja-pekerja supaya mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.3)Latif memberitahu saya bahawa dia benar berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.TOLONG BETULKAN AYAT-AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.Ayat yang betul ialah:
1. Budak perempuan yang keras hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.
2. Encik Ali menyedarkan pekerjanya supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
3. Latif memberitahu saya bahawa dia berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.
Tatabahasa29.08.2012
Azahari Abdullah Nov 10th, 9:30pm Terima kasih kerana memaklumkan kpd saya e-mel KP DBP. Info begitulah yg saya harapkan dan akan dimanfaatkan. Selain KP tentu ada pegawai2 lain seperti Ketua Jabatan atau seumpamanya yg boleh saya buat kawan utk menyampaikan hasrat saya ini. Ahli-ahli bahasa ni jangan cepat mengalah.. Saya tidak langsung nenyebut agar ilmuan dan agamawan diketepikan. Pakar-pakar agama dan Bahasa Arab memang diperlukan dalam komiti. Apa yg saya inginkan ialah DBP menerbitkan versi terjemahannya. DBP yg membentuk Jawatankuasa, DBP yg mempengerusikan jawatankuasa, tetapi mengundang mereka itu sebagai panel. Biar nisbah mereka lebih ramai pun tak mengapa.. Setahu saya hanya Terjemahan versi Yayasan Restu sahaja yg pernah melibatkan pegawai DBP dalam komitinya. Malangnya hanya seorang.. (Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh). Kenapa hanya seorang? Kenapa tak 3 orang, atau 5 orang? Namun, dengan seorang itulah saya dapat merasai kelainan dalam terjemahan versi Yayasan Restu kerana nampak lebih menghormati Bahasa Melayu.. Bolehkah tuan beri sedikit info tentang Ustaz Wan Abdul Hamid? Saya ingin menghubunginya.. Terima kasih.Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Maklumat tentang Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh juga tidak ada dalam pangkalan data kami, kami difahamkan selepas bersara daripada DBP, Ustaz pernah berkhidmat di beberapa buah pertubuhan dan agensi, dan yang terakhir di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Lain-lain10.11.2014
Salam. Saya nak tanya, adakah perkataan "tegar" boleh bermaksud "berpendirian tegas"? Mohon pencerahan. Terima Kasih =)Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;Istilah14.06.2014
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? 1Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan kampung kami. 3Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan tentang perkara itu di balai polis. 4Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi. 5Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6Mesyuarat itu memakan masa hampir dua setengah jam. 7Jalan itu masih lagi sedang diperbaiki setelah mengalami kerosakan sebagai akibat banjir 8Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9Kereta merah itu adalah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.

Berikut disertakan cadangan penggunaan ayat yang gramatis:

1. Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam.

2. Pemeriksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam 30 minit di dewan kampung kami.

3. Salim terjumpa dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan perkara itu di balai polis.

4. Kami berdebar-debar menanti dari sehari ke sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal diadakan.

5. Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka.  

6. Mesyuarat itu memakan masa hampir dua jam 30 minit..

7. Jalan itu sedang diperbaik setelah mengalami kerosakan akibat banjir

8. Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.

9. Kereta merah itu ialah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang.

10. ”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.

Tatabahasa13.05.2020
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih

Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;

Makna05.04.2009
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas".

Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan.  DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu  sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. 

Tatabahasa17.07.2018
Kami memerlukan bantuan untuk translate dari English ke BM. Text 1 As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times Together, we will persevere and emerge a stronger Nation Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira-wira bangsa kita Terima kasih kepada semua barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia berkembang dari kekuatan ke kekuatan dan mengatasi waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita akan bertahan dan bangkit sebagai bangsa yang lebih kuat. Text 2 Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic Together, we will continue this journey Together, we will grow from strength to strength We will persevere Malaysia Cares Bersama-sama kita hadapi cabaran pandemik Covid-19 Bersama-sama kita meneruskan perjalanan Bersama - sama kita berganding bahu dan maju jaya! Malaysia Prihatin Terima Kasih.

Berikut merupakan padanan teks bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan:

Teks 1:

As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation.

Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud.

May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times.

Together, we will persevere and emerge as a stronger Nation.



Terjemahan Teks 1: 

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira negara.

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita.

Semoga Malaysia angun dengan kekuatan dan mampu mengatasi saat getir ini.

Bersama-sama kita kental dan bangkit sebagai negara yang lebih kuat.

Teks 2:

Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic.

Together, we will continue this journey.

Together, we will grow from strength to strength.

We will persevere.

Malaysia Cares.



Trjemahan Teks 2:

Bersama-sama kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Bersama-sama kita meneruskan perjalanan.

Bersama-sama kita bangkit dengan kekuatan.

Kami tidak akan mengalah

Malaysia Prihatin

Makna10.09.2021

Kembali ke atas