Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.lah] | مڠاله

Definisi : 1 berpura-pura alah; dgn sengaja alah: Selama ini, abangnyalah yg selalu ~. 2 tidak mahu mempertahankan haknya, pendiriannya dsb: Dia tidak mahu ~ dlm perdebatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Puisi
 

Sayang ke darat menahan pukat,
     Sayang ke padang ke Sungai Merah;
Seperti kertas dengan dakwat,
     Sama menghancur sama mengalah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
yield horizontallymengalah ufukKejuruteraanTiadaTiada
nonyielding retaining walldinding penahan tak mengalahKejuruteraanTiadaTiada
rational emotive therapyterapi emosi rasionalPsikologiPsikologi UmumTerapi yang ditumpukan kepada usaha untuk mengubah kepercayaan tidak rasional yang membawa kepada masalah emosi. Menurut Ellis (1973, 1995), individu yang tidak gembira akan membentuk perasaan mengalah kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tidak realistik atau salah. Sekiranya emosi terganggu, individu yang terlibat akan membuat generalisasi yang melampaui batas. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, walaupun kecil individu berkenaan akan menganggap dirinya sebagai sangat jahat. Oleh itu, pendekatan ini lebih menumpukan perhatian kepada usaha mencabar kepercayaan klien yang tidak realistik. Ahli terapi akan mencabar pemikiran atau pandangan itu dan menganggapnya sebagai satu fikiran yang tidak rasional atau salah anggapan. Emosi klien akan bertambah baik sekiranya kepercayaan tersebut dapat dihapuskan.

Kembali ke atas