Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Peribahasa

Kalau pandai mencencang akar,
     mati lalu ke pucuknya.

Bermaksud :

Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
take~ so. apart, mengalahkan sso dgn mudah: Clayton took Oswald apart in the second set, Clayton mengalahkan Oswald dgn mudah dlm pusingan kedua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trouncevt defeat severely, /mengalahkan, menewaskan/ dgn teruk: team A ~d team B by 5 goals to nil, pasukan A mengalahkan pasukan B dgn teruk, 5 gol tdk berbalas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
argue~ so. down, mengalahkan hujah sso: despite his lack of experience he managed to ~ them down, biarpun pengalamannya kurang dia dapat mengalahkan hujah mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worstvt (old use) mengalahkan, menewaskan: she ~ed the man by kicking him hard on the shins, dia mengalahkan lelaki itu dgn menendang tulang keringnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beat5. defeat (in battle, contest, etc) mengalahkan, menewaskan: Ashe ~ Connors in the final, Ashe mengalahkan Connors dlm perlawanan akhir; 6. (colloq) surpass, mengatasi: that story ~s everything I have heard so far, cerita itu mengatasi segala yg pernah saya dengar selama ini; 7. (colloq) puzzle, baffle, [sso] tdk faham: how he could lie so blatantly ~s us all, bagaimana dia dapat berbohong begitu saya tdk faham; it ~s me how..., /hairan saya, saya tdk faham/ bagaimana..., ; 8. get ahead of, mendahului: he always tries to ~ the red light, dia selalu mencuba mendahului lampu merah; ~ the deadline, /menyiapkan, menyudahkan, menyelesaikan/ [n] sebelum tarikh akhir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triumph~ over, a. defeat an enemy, mengalahkan: a successful general ~ed over his enemies, jeneral yg berjaya mengalahkan pihak musuhnya; b. gain control, berjaya mengatasi: he ~ed over his misfortune to become a great statesman, dia berjaya mengatasi kesulitannya dan muncul sbg negarawan agung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pants beat the ~ off so., ( colloq ) mengalahkan sso dgn teruk: he beat the ~ off his opponent, dia mengalahkan lawannya dgn teruk; / bore, scare, etc/ the ~ off so., ( colloq) betul-betul /membosankan, menakutkan, dll/ sso:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overcomevt 1. (defeat) mengalahkan, menewaskan; (surmount) mengatasi: they managed to ~ their enemy, mereka dapat mengalahkan musuh; to ~ a habit, mengatasi sesuatu tabiat; he overcame his nervousness and gave an excellent speech, dia mengatasi kegugupannya dan memberikan ucapan yg cemerlang; there are many obstacles to ~, beberapa banyak halangan yg mesti diatasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
walk~ away from, a. beat easily, mengalahkan: he ~ed away from all the other competitors, dia mengalahkan semua pesaing yg lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wipe~ the floor with so., (colloq) mengalahkan sso dgn teruk: the team ~d the floor with their opponents in the debate, pasukan itu mengalahkan semua lawannya dgn teruk dlm perdebatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas