Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Peribahasa

Kalau pandai mencencang akar,
     mati lalu ke pucuknya.

Bermaksud :

Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?

1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja.

2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan.

Tatabahasa10.08.2011
I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut.Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi.Tatabahasa11.08.2011
Saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan prosa tradisional hang tuah mengalahkan taming sari yang terdapat dalam antologi anak bumi tercinta? Saya memerlukan huraiannya. Terima kasihUntuk mendapat huraian tentang pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam teks KOMSAS "Anak Bumi Tercinta", saudara/saudari boleh mendapat atau membuat rujukan dalam buku-buku huraian tentang teks KOMSAS ada ada dijual di kedai-kedai buku termasuk di Kedai Buku DBP. Untuk mendapat atau merujuk teks Hikayat Hang Tuah sepenuhnya yang disusun oleh Kassim Ahmad, saudara/saudari boleh merujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau membeli di Kedai Buku DBP. Sekian, terima kasih.Lain-lain03.05.2007
Eng Lee SimView Profile Actions WED 10:46PM Eng Lee Sim Eng Kepada sesiapa shj yg sudi bantu, Saya ingin bertanya tentang penggunaan peribahasa yg membawa maksud jika kita ingin mengalahkan pihak lawan kita harus nemahami pihak tersebut dgn baik.Terima kasihPertama sekali pihak kami memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan tuan/puan. Hal ini kerana kami perlu merujuk kepada pakar, dan pakar pula begitu sibuk dan sukar dihubungi. Peribahasa yang sesuai dengan maksud "Jika ingin mengalahkan pihak lawan, kita harus memahami pihak tersebut dengan baik" ialah "Kalau pandai mencincang akar, Mati lalu ke pucuknya"Lain-lain25.05.2016
Mohon bantuan untuk penterjemahan tepat bagi ayat di bawah. Saya sentiasa ada masalah untuk menterjemahkan 'overwhelm' dalam konteks yang tepat. "She was overwhelmed."Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, overwhelm mempunyai beberapa maksud, iaitu 1.  mengalahkan: 2.  tenggelam; begitu, sangat, amat, sungguh terharu 3.  menenggelami. Berdasarkan ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan untuk overwhelmed ialah sungguh terharu.Makna19.07.2013

Kembali ke atas