Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.lah.kan] | مڠالهکن

Definisi : 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Peribahasa

Kalau pandai mencencang akar,
     mati lalu ke pucuknya.

Bermaksud :

Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
president-electpresiden terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganPresiden Amerika Syarikat yang baru dipilih untuk menyandang jawatan tersebut tetapi belum dilantik secara rasmi. Kedudukan ini bersifat transisi atau sementara apabila beliau telah dapat mengalahkan bekas presiden. Contohnya, George Bush memenangi pilihan raya pada November 2000 mengalahkan Bill Clinton dan dari tarikh kemenangan itu hingga ke Januari 2001 beliau digelar sebagai presiden terpilih.
besiegemengepungUndang-undangTiadaMelingkungi, mendesak, mengerumuni untuk menawan, mengalahkan, menindas atau berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu.
artificial intelligencekecerdasan buatanTeknologi MaklumatTiadaSatu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov.

Kembali ke atas