Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.la.mat.kan]/ | مڠعلامتکن

Definisi : 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.la.mat.kan]/ | مڠعلامتکن

Definisi : 1 mengirim sesuatu menurut alamat; menujukan: Dia telah ~ surat itu kpd adiknya di kampung. 2 memberi tanda; menunjukkan: Fajar sidik ~ bahawa waktu subuh sudah masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalamatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Untuk surat kiriman. Jika kita ingin mengalamatkan kepada individu yang ada gelaran Dr (ijazah kedoktoran) perlu ditulis : Kepada YBhg Dr XXXXX, begitu juga pada kain rentang. Hal ini demikian kerana di institusi saya, ada individu yang bergelar sedemikian mahu ditulis begitu (Ybhg). Saya mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.YBhg. ialah sapaan bagi yang mendapat gelaran seperti YBhg. Dato' dan YBhg. Tan Sri. Walau bagaimanapun jika ada permintaan daripada penerima anugerah pendidikan seperti Dr. untuk menggunakan sapaan tersebut, boleh digunakan lebih-lebih lagi jika penerima tersebut juga merupakan ketua jabatan.Tatabahasa27.08.2015
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak.
2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. 
3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah.
Tatabahasa11.01.2012
Assalamualaikum, 1.Carian saya dalam rekod Khidmat Bahasa tentang nama dan jawatan, pihak DBP menjelaskan bahawa dalam teks pengacaraan, dicadangkan untuk menyebut nama jawatan dahulu dan diikuti nama tetamu. Soalan saya, bagaimana cara teks jika tetamu disapa dengan tuan haji dan jawatannya pun disapa dengan kata tuan. Contoh, YBhg. Tuan Pengarah, Tuan Haji Aman b. Mat. Adakah gramatis jika perkataan Tuan diulang sebanyak dua li untuk mengalamatkan tetamu berkenaan 2. Adakah menyalahi protokol majlis jika, tetamu disapa dengan menyebut namanya dahulu dan diikuti oleh jawatan. Contoh: YBhg. Tuan Haji Aman bi Mat Pengarah..... Terima kasih, tuanDalam teks pengacaraan, nama jawatan boleh medahului nama tetamu atau sebaliknya seperti YBhg. Tuan Haji Aman b. Mat, Pengarah ... atau  YBhg. Pengarah... Tuan Haji Aman b. MatLain-lain07.10.2018
Adakah pihak DBP menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Inggeris? Saya telah siap menulis sebuah novel kanak-kanak bertajuk "The Machindra Gang", iaitu kesah pengembaraan tiga sahabat baik (Mahir, Chin Han & Chandra) dengan guru mereka yang dengan tidak sengaja telah kembalik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bersama-sama ini saya serta sinopsis novel tersebut. Jika DBP berminat menerbitkan novel ini, saya akan hantar manuskripnya dalam bentuk cakera padat. Terima kasih. Wassalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka lebih mengutamakan penerbitan karya dalam bahasa Melayu, tetapi ada juga menerbitkan karya bahasa asing, seperti Inggeris, Cina dan lain-lain.  Sekiranya saudara berminat untuk menghantar karya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah alamatkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Saudara juga boleh menghantarnya dalam bentuk digital dan mengalamatkan kepada Puan Zalila Sharif, Ketua PURNAMA di alamat emel zalila@dbp.gov.my

Lain-lain14.05.2010

Kembali ke atas