Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.la.mi] | مڠالمي

Definisi : merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), me­nang­gung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.la.mi] | مڠالمي

Definisi : merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalami

Peribahasa

Kain sehelai peminggang habis.

Bermaksud :

Mengalami kerugian atau kecurian. peminggang = lambung perahu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Solomon four-group designreka bentuk Solomon four groupPendidikanTiadaReka bentuk kajian yang melibatkan penentuan secara rawak ke atas subjek kepada setiap empat kumpulan, dua kumpulan mengalami praujian, manakala dua kumpulan lagi tidak mengalami praujian. Salah satu kumpulan yang mengalami praujian dan satu kumpulan yang tidak mengalami praujian akan menerima rawatan eksperimen. Kesemua empat kumpulan akan mengalami pascaujian.
reverse case hardeningkering dalamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeadaan kayu yang mengalami tegasan peringkat akhir pengeringan apabila gentian di permukaannya mengalami tegasan tegangan, dan gentian di bahagian dalam kayu mengalami tegasan mampatan. Keadaan ini berlaku akibat proses penyesuaian yang terlalu lama.
ametabolaametabolaBiologiEkologiSerangga yang mengalami sedikit metamorfosis atau tidak mengalami mentamorfosis langsung. Apabila anak menetas daripada telus, anak itu menyerupai induknya, dan hanya sedikit perubahan bentuk sahaja yang berlaku semasa setiap instar. Serangga jenis ini biasanya tidak bersayap, dan dikenali juga sebagai Apterygota.
preconditioningprapenyesuaianVeterinarTiadaProses pengurusan ternakan supaya tidak mengalami tekanan apabila dipisahkan atau diangkut ke tempat lain. Proses ini merangkumi kaedah penjagaan yang rapi, amalan pemberian makanan yang berkesan, program keimunan dan juga rawatan untuk menghindari parasit. Selain mengalami tekanan, ternakan juga biasanya mengalami keadaan keletihan dan kurang daya tahan penyakit. Bagi mengatasi keadaan ini, bahan antitekanan seperti vitamin B kompleks dan vitamin C diberikan kepada ternakan dengan cara menambahkannya ke dalam makanan, minuman atau disuntik. Bahan ini juga boleh meningkatkan selera makan dan digunakan sebagai nutrien kepada ternakan.
bone-marrow toxicitytoksisiti sumsum tulangPerubatanFarmakologi

Keadaan apabila sumsum tulang yang mengalami kesan keracunan akibat daripada ubat atau bahan kimia. Sumsum tersebut akan mengalami hipoplasia atau aplasia sama ada secara kekal atau sementara. Keracunan ini menyebabkan berkurangnya penghasilan sel darah putih, sel darah merah dan platelet. Antara gejalanya ialah pucat, mudah mendapat jangkitan dan mudah mengalami perdarahan. Rawatan keracunan ini termasuklah menghindari agen penyebab, penggantian sel darah merah dan platelet, dan rawatan sokongan yang lain. Kesan keracunan kekal boleh menyebabkan kematian. Contoh penyebab toksisiti sumsum tulang ialah ubat Chloramphenicol dan racun serangga.

lateral instabilityketakstabilan sisiKejuruteraanTiadaKeadaan apabila pesawat udara mengalami ayunan yang terus bertambah selepas mengalami gangguan oleng.
high range sealantpengedap julat tinggiKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengedap yang berupaya mengalami satu tahap pemanjangan tanpa mengalami kepecahan.
amensalismamensalismeBiologiEkologiHubungan simbiosis apabila satu individu mengalami kerugian manakala yang satu lagi tidak mendapat kesan apa-apa. Organisma yang mengalami kerugian dinamai amensal.
angular spreading factorfaktor perebakan sudutMeteorologiMeteorologi PerhubunganNisbah tenaga ombak yang mengalami perebakan sudut terhadap tenaga ombak tersebut jika ia tidak mengalami perebakan sudut.
technical correctionpembetulan teknikalPentadbiran PerniagaanTiadaSituasi harga sekuriti, komoditi atau opsyen mengalami kejatuhan atau kenaikan kerana telah dianggap terlalu tinggi atau rendah selepas mengalami kenaikan atau penurunan iaitu yang aman relevan.
12345678910...

Kembali ke atas