Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lat.kan] | مڠالتکن

Definisi : 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi kata kerja bahasa Inggeris 'instrument'? Semua padanan yang dijumpai dalam prpm.dbp.gov.my adalah kata nama sedangkan saya mencari padanan untuk kata kerja.

Memandangkan kata nama 'instrument' adalah 'alatan', adakah kata kerja 'instrument' ditulis sebagai 'pengalatan' atau 'mengalatkan', ataupun terdapat padanan khusus untuk kata kerja tersebut? Kata kerja ini sangat banyak digunakan dalam bidang teknologi maklumat.

Contoh penggunaan kata kerja 'instrument' dalam bahasa Inggeris:
1. We need to instrument the sampler being used to update the statistics.
2. The software profiler needs to instrument some functions.

Mengambil contoh ayat tersebut, apakah padanan yang sesuai?
1. Kita perlu [mengalatkan?] pensampel yang digunakan untuk mengemaskinikan statistik.
2. Pembukah perisian perlu [mengalatkan?] sesetengah fungsi.
Berdasarkan carian kami, perkataan instrument dalam bahasa Inggeris sebagai kata kerja bermaksud equip (something) with measuring intruments.


Daripada ayat contoh yang diberikan, berikut cadangan padanan bahasa Melayu bagi penggunaan perkataan instrument:

Contoh penggunaan kata kerja 'instrument' dalam bahasa Inggeris:
1. We need to instrument the sampler being used to update the statistics.
2. The software profiler needs to instrument some functions.

1. Kita perlu melengkapkan pensampel yang digunakan bagi mengemaskinikan statistik.
2. Pembukah perisian perlu dilengkapkan dengan beberapa fungsi.
Penyemakan dan penterjemahan25.05.2017

Kembali ke atas