Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalirkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara parit dengan longkang dari segi penggunaan?Kegunaan parit adalah untuk mengalirkan air ke luar atau longkang. Ia juga bermaksud lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dalam peperangan. Selain itu, parit juga digunakan sebagai tali air untuk mengairi sawah dan lain-lain. 

Longkang pula digunakan sebagai parit tempat mengalirkan air kotor. 
Lain-lain22.09.2021
"Mengairi sawah padi" bermaksud mengairkan sawah padi? Tetapi kita tidak boleh menggunakan "mengairkan sawah padi", jadi "mengairi sawah padi" baru betul?Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, ‘mengairi’ bermakna mengalirkan air ke... Sila ambil perhatian bahawa perkataan ‘mengairi’ bermakna mengalirkan air bukan mengairkan.Tatabahasa01.05.2014
Berapa suku kata yang ada pada kata 'manusia' dan 'ia'? bagi perkataan berimbuhan seperti 'mengalirkan' adalah suku katanya me.nga.lir.kan atau meng.a.lir.kan?Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.   Pemenggalan suku kata bagi ejaan kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya. Kata manusia mempunyai 3 suku kata /ma.nu.sia/ ; kata ia mempunyai satu suku kata /ia/ ; manakala kata mengalirkan dipenggalkan kepada /meng.a.lir.kan/.  Pemenggalan kata berbeza dengan pemenggalan sebutan.Ejaan11.07.2018
APAKAH MAKSUD TALI AIR?Merujuk Kamus Dewan, tali air ialah saluran utk mengalirkan air ke sawah. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna03.10.2008
MAKNA SALURANSaluran bermaksud salur, iaitu sesuatu yang menjadi jalan atau laluan untuk mengalirkan air dsb.. jalan (perantaraan, cara) untuk melalkukan sesuatu. Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1375.  Makna13.03.2008
Apaka perbezaan antara parit dan longkang?Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain04.03.2010
Cikgu DBP, "mengairkan sawah padi" atau "mengairi sawah padi"?Pembentukan kata yang betul ialah mengairi - mengairi sawah padi, iaitu mengalirkan air ke sawah padi.Tatabahasa01.05.2014
Jadi, "mengairi sawah padi" adalah betul dan "mengairkan sawah padi" adalah salah?Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, ‘mengairi’ bermakna mengalirkan air ke; membubuh air pada; menggenangi (sawah). Contoh ayat: Mereka menggunakan terusan pengairan untuk mengairi sawah. Tatabahasa01.05.2014
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos?Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menya­lurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima.Tatabahasa14.04.2010
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013
12

Kembali ke atas