Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalirkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI YENISEY

Sungai Yenisey mengalirkan air ke kawasan

yang luasnya melebihi 2.6 juta kilometer persegi di

Siberia, Rusia. Sungai ini mengalir sepanjang 4093

kilometer bermula dari Pergunungan Sayan di

selatan Siberia ke muaranya di pantai Artik.

Selepas melintasi kawasan Pergunungan Sayan,

sungai ini mengalir ke arah utara. Ia memasuki Laut

Kara melalui muara, 320 kilometer di sebelah timur

Teluk Ob (Obskaya Guba). Kapal berkuasa stim

boleh memudik sehingga 640 kilometer ke hulu

Sungai Yenisey hingga ke pelabuhan balak Igarka.

UMUM 
SEMIKONDUKTOR

Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan

elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca,

akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti

tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan

komputer yang moden dan peranti elektronik lain

yang penting. Transistor yang digunakan dalam

radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor.

Begitu juga sel suria yang membekalkan kuasa

elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan

semikonduktor yang paling meluas digunakan.

Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida,

germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium

arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon

karbida.

UMUM 
ELEKTROLIT

Elektrolit ialah bahan yang mengalirkan elektrik.

Kebanyakan elektrolit mesti dilarutkan dalam air

atau larutan lain. Bateri mengandungi elektrolit

sama ada dalam bentuk cecair atau larutan pekat.

UMUM 
AKUEDUK

Akueduk ialah terusan untuk mengalirkan air ke

tempat lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk

pembinaan akueduk, mungkin batu, konkrit, besi

tuang, keluli atau papan.

UMUM 
SISTEM PAIP

Sistem paip ialah sistem pemasangan paip yang

mengalirkan air ke dalam dan ke luar bangunan.

Istilah ini berasal dari Latin iaitu plumbum yang

bermaksud logam. Pada zaman Rom purba paip

logam digunakan. Kini kebanyakan sistem paip

diperbuat daripada loyang, besi tuang, kuprumplastik

atau logam keluli.

UMUM 
BAHAN ELEKTRIKSemua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat.FIZIKKonsep
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
MAGNETOHIDRODINAMIK

Magnetohidrodinamik, sering kali

disingkatkan sebagai MHD, ialah kajian tentang

cara medan elektrik dan medan magnet bersaling

tindak dengan bendalir yang mengalirkan arus

elektrik. Bendalir ini termasuk logam cecair dan

gas yang terion pada kadar yang amat tinggi yang

disebut sebagai plasma. MHD memainkan peranan

penting dalam pembinaan penjana kuasa dan

sistem pendorongan yang menggunakan bendalir

yang mengalirkan arus elektrik. MHD juga

membantu ahli sains memahami kesan elektrik dan

kesan magnet di sekeliling bumi dan di matahari.

Kesan ini termasuk tompok matahari, ribut magnet

dalam medan magnet bumi, dan aurora (cahaya

utara dan selatan).

UMUM 
KEBERALIRAN LAMPAU

Keberaliran lampau ialah fenomena apabila

logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan

elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada

logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar

mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah

menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu

tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir

lampau pada suhu setinggi –148 ° C.

UMUM 
PERMALOI

Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah

dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan

membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan

mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi

hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan.

Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan

menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling

batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet

ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini,

permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan

sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah

yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi.

UMUM 
12

Kembali ke atas