Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lung.kan] | مڠالوڠکن

Definisi : mengenakan (menyang­kutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lung.kan] | مڠالوڠکن

Definisi : menjadikan sesuatu sbg kalung: Beliau ~ bunga malai ke leher tetamu itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalungkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengalungkan sekarangan bunga atau mengalungkan seuntai bunga?Frasa yang betul ialah "menyarungkan kalungan bunga".Tatabahasa11.03.2015
Selamat sejahtera, 1.Encik Lee mengalungkan pingat kepada Kim Wei yang berdiri di.atas rostrum pemenang..(kata sendi nama 'kepada' digunakan) 2.Encik Lee mengalungkan Kim Wei yang berdiri di atas rostrum pemenang pingat.(ayat ini boleh diterima) Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Encik Lee mengalungkan pingat kepada Kim Wei yang berdiri di atas rostrum pemenang."Lain-lain31.05.2022
Beliau mengalungkan pingat kepada ATAU pada atlet itu. Soalan: pada ATAU kepada, dan alasannya?Beliau mengalungkan pingat kepada atlet itu. Kata sendi nama kepada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, manakala kata sendi nama pada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Tatabahasa16.05.2009
Tuan, Bolehkah saya tahu apakah istilah atau perkataannya meletakkan tuala pada leher? Mengalungkan? Melilitkan? atau perkataan lain ang lebih tepat. Apakah pula istilahnya 'Tukang gunting itu __________sehelai tuala pada bahu pelanggannya sebelum mula menggunting rambut.' Sekian, terima kasih.

Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah meletakkan tuala di atas bah. Jika tuala tersebut dililit di lehernya, perkataan yang sesuai ialah lilit.

Tatabahasa04.06.2010
Apakah istilah ynag betul? Pengkalungan atau pengalungan? Contoh ayat: Majlis Pengalungan Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022Antara kata terbitan kalung termasuklah mengalungi, mengalungkan dan kalungan. Tidak ada kata pengalungan dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami ayat tersebut dibetulkan menjadi "Majlis Pemakaian Kalung Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022".Tatabahasa19.03.2022

Kembali ke atas