Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengamalkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBEBASAN BERAGAMA

Kebebasan beragama ialah hak seseorang

untuk mempercayai dan mengamalkan

kepercayaan yang menjadi pilihannya. Ia termasuk

hak individu untuk tidak mempunyai kepercayaan

langsung.

UMUM 
ÉTUDE

Étude ialah gubahan muzikal pendek yang ditulis

khusus untuk membolehkan pelajar mengamalkan

teknik tertentu.

UMUM 
KEBIARAAN

Kebiaraan ialah satu bentuk khas tentang cara

hidup komuniti agama. Mereka yang mengamalkan

kebiaraan mengasingkan diri daripada kehidupan

biasa, jadi mereka boleh mengikut ajaran agama

mereka sesempurna mungkin.

UMUM 
ORTOPEDIK

Ortopedik ialah cabang perubatan yang berkaitan

dengan gangguan tulang dan otot dan tisu-tisu yang

berkaitan dengannya. Doktor yang mengamalkan

ortopedik dinamakan pakar bedah ortopedik.

Mereka merawat pelbagai masalah perubatan,

termasuk tulang patah, kecederaan pada tendon

dan ligamen, dan kecacatan kaki dan tangan serta

tulang belakang.

UMUM 
OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

Obstetrik dan ginekologi adalah bidang

perubatan penjagaan wanita, yang berkaitan

dengan satu sama lain. Obstetrik adalah berkenaan

dengan kehamilan, kelahiran, dan tempoh enam

minggu selepas melahirkan anak. Doktor yang

mengamalkan obstetrik dikenali sebagai ahli

obstetrik . Ginekologi berkaitan dengan penyakit

pembiakan wanita. Doktor yang mengamalkan

ginekologi dikenali sebagai ahli ginekologi . Ramai

doktor mengkhusus dalam bidang obstetrik dan

ginekologi.

UMUM 
SENI DAN KESENIAN/p>

Seni dan kesenian. Dalam pengertian yang

luas, seni ialah kemahiran membuat atau

melakukan sesuatu. Kita boleh mengatakan

bahawa seseorang itu tahu dan mengamalkan

seni menganyam bakul, menala piano, malah

menjaringkan gol. Dalam pengertian ini, terdapat

banyak seni – sebanyak adanya jenis aktiviti yang

khusus dan sengaja dilakukan untuk diceburi

manusia.

UMUM 
AMRITSAR

Amritsar (pend. 709 456) ialah bandar di Punjab,

negeri di utara India. Untuk mengetahui

kedudukannya, lihat India (peta politik). Orang Sikh,

yang mengamalkan agama Sikhisme India,

menghormati Amritsar sebagai sebuah bandar suci.

Kebanyakan penduduk Amritsar orang beragama

Hindu, tetapi sebahagian besar orang Sikh juga

tinggal di bandar ini. Kawasan luar bandar di

sekitarnya pula didominasi oleh petani Sikh.

UMUM 
SASTERA SUFI

SASTERA SUFI,  hasil sastera yang mengandungi unsur sufi.  Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M).  Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan.  Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.

SASTERAKonsep
SHANKARACHARYA

Shankaracharya (700?–750 M.?), juga dikenali

sebagai Shankara, ialah ahli falsafah Hindu. Hasil

kerjayanya yang terpenting ialah ulasannya

terhadap Veda , iaitu tulisan suci Hindu.

Shankaracharya lahir di Kerala, selatan India.

Dia mengamalkan sikap menahan diri dan belajar

untuk menolak kesenangan duniawi dan

keselesaannya di peringkat awal kehidupan.

Dia mengabdikan dirinya pada pengajian,

perbincangan falsafah, dan ajaran agama.

Kemasyhuran sarjana yang berkelana ini tersebar

luas ke seluruh India. Dalam perjalanannya,

Shankaracharya mengasaskan empat biara yang

terkenal di Badrinath di Himalaya, Shringeri di

Mysore, Dwarke di barat India, dan di Puri, timur

India.

UMUM 
SIDANG

SIDANG, satu jawatan dalam pentadbiran kampung tradisi di Melaka, baik dalam daerah yang mengamalkan adat perpatih seperti di Naning, mahupun di daerah-daerah lain yang mengamalkan adat temenggung, seperti di Alor Gajah atau bandar Melaka.  Asal usul perkataan sidang dipercayai berasal dari Sumatera, khususnya di Minangkabau.  Dalam penggunaannya di Melaka, ia bertunjang kepada adat perpatih, walaupun konsepnya berlainan, iaitu berdasarkan wilayah dan bukan keturunan perut atau suku.

BUDAYAKonsep
1234

Kembali ke atas