Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengamalkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decentralizationpemencaranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan.
health seeking actionikhtiar kesihatanPerubatanTiadaTindakan individu yang mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mencapai kualiti hidup yang optimum. Contoh, pemakanan yang seimbang dan mengamalkan senaman secara teratur.
quasi-federationsepara persekutuanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mengamalkan sistem persekutuan yang bersifat separa. Negara ini memiliki ciri-ciri asas persekutuan, namun praktiknya tidak sepenuhnya mengamalkan sistem persekutuan tersebut. Dalam sistem ini, kerajaan pusat sering memiliki kuasa yang tinggi atau bersifat terpusat sementara kerajaan negeri tidak memiliki autonomi yang sewajarnya. Contohnya, India dan Malaysia merupakan negara yang bersifat separa persekutuan.
autocracyautokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk sistem pemerintahan yang dikuasai oleh seseorang individu secara mutlak. Dalam negara yaug mengamalkan sistem ini, individu yang berkuasa mempunyai kuasa penuh dalam setiap aspek pemerintahan seperti menguasai bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman. Setiap perkataan atau tindakan individu yang berkuasa tersebut dilihat sebagai tindakan negara dan perlu dipatuhi serta diikuti oleh setiap rakyat. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Perancis semasa pemerintahan Raja Louis ke-14, yang pernah menyebut "sayalah negara".
nomadnomadGeografiTiadaOrang yang mengamalkan cara hidup sara diri dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi tujuan mencari makanan.
karyophagekariofajPerubatanTiadaProtozoon yang mengamalkan tindakan fagosit ke atas nukleus sel yang dijangkitinya.
chiropractorkiropraktorPerubatanTiadaOrang yang mengamalkan kiropraktik.
racistrasisSejarahTiadaOrang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung pendukung utama kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
physiocracyfisiokrasiSejarahTiadaKerajaan yang mengamalkan prinsip atau doktrin atau sistem fisiokratik yang mendasarkan doktrin politik dan ekonomi kepada supremasi atau keutamaan peraturan natural iaitu kekayaan serta kemakmuran umum atau rakyat yang menggerakkan masyarakat industri.
osteopathosteopatPerubatanTiadaSeseorang yang mengamalkan osteopati.
12345678910...

Kembali ke atas