Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.man.kan] | مڠامانکن

Definisi : 1. menjadikan aman (ten­teram, tenang), menyentosakan, menen­teram­kan: rundingan-rundingan itu bertuju­an utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.man.kan] | مڠامانکن

Definisi : menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengamankan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul, "mensejahterakan rakyat" atau "menyejahterakan rakyat?" Terima kasih.
Ejaan yang betul ialah menyejahterakan, iaitu menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan. Frasa yang betul ialah "menyejahterakan rakyat”.


Tatabahasa09.08.2017

Kembali ke atas