Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bang] | مڠمبڠ

Definisi : , mengambang-ambang, terambang, terambang-ambang terkatung-katung atau terapung-apung (di udara), melayang-layang: bulan mulai ~ di langit sebelah timur; ® kambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngam.bang] | مڠمبڠ

Definisi : terapung atau terkatung­-katung (di atas air atau di udara): bulan ~; ®ambang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngam.bang] | مڠمبڠ

Definisi : merintangi, menahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngam.bang] | مڠمبڠ

Definisi : mengapung atau terkatung-katung di udara: bulan ~ bulan penuh yg bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambang

Puisi
 

Bulan mengambang di celah awan,
     Pungguk merindu dengan berangan;
Sewajar memilih jodoh pertemuan,
     Tapak tangan satu perjuangan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.

Bermaksud :

Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الجنون غيرالمطبقgila berkalaAgama IslamFiqhGila yang berlaku pada diri seseorang dalam waktu-waktu tertentu. Contohnya, ketika bulan mengambang, bulan penuh dan lain-lain.
parshall flumeflum parshallHidrologiTiadaFlum Venturi yang diperbaiki untuk mengukur aliran air dalam pembuluh terbuka. Flum ini perlu mengandungi satu bahagian yang mengecut, satu rongkong dan satu bahagian mengambang.
lunar rhythmirama rembulanBiologiEkologiPerubahan taburan organisma yang dipengaruhi oleh fasa bulan. Irama rembulan banyak mempengaruhi hidupan laut, terutama organisma yang hidup pada zon antara perbani, dan zon sublitoral; kedua-dua jenis organisma ini dipengaruhi oleh air pasang surut. Irama rembulan dapat dihubungkan dengan kitaran pembiakan hidupan laut, seperti ketam, ikan dan cacing, misalnya ada cacing yang hanya akan membiak apabila bulan mengambang penuh.

Kembali ke atas