Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vegetarianvegetarianMakanan dan PemakananPemakananSeseorang yang mengambil makanan yang bersumberkan tumbuhan dan tidak mengambil sesetengah atau kesemua makanan bersumberkan haiwan.
distributiontaburanMatematikTiadaFungsi yang menggambarkan kebarangkalian sesuatu pemboleh ubah rawak mengambil nilai-nilai tertentu. Katalah X suatu pemboleh ubah rawak yang mengambil nilai-nilai nyata. Biar R menandakan set semua nombor nyata. Bagi A ⊆ R, P (X ∈ A) mewakili kebarangkalian bahawa nilai X terletak dalam A. Taburan bagi pemboleh ubah rawak X bermaksud bagaimana nilai P (X ∈ A) berubah dengan set A. Jika X ialah pemboleh ubah rawak jenis diskret, taburan X memang ditetapkan oleh nilai P (X = u) bagi semua u ∈ R. Fungsi f(u) = P (X = u) bagi u ∈ R dikenali sebagai fungsi ketumpatan kebarangkalian bagi X. Jika X ialah jenis selanjar, fungsi F (x) = P (X ≤ x) bagi x ∈ R dapat menentukan taburan X; F dikenali sebagai fungsi taburan bagi X.
successors in title1. pengganti hakmilik 2. pengganti jawatanUndang-undangTiada1. Orang yang mengambil alih sesuatu hakmilik. 2. Orang yang mengambil alih sesuatu jawatan.
factorization approximationanggaran pemfaktoranKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah anggaran termodinamik sistem N bilangan zarah yang tidak berkorelasi dengan mengambil sampel keadaan mikro dan kemudian mengambil kuasa ke-N sifat sampel.
recurring salejual beli istijrarEkonomiEkonomi IslamJual beli dengan mengambil barangan sedikit demi sedikit secara berterusan dan membayar keseluruhan harganya kemudian. Jual beli ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu tanpa deposit atau bersama deposit. Contohnya, jual beli istijrar tanpa deposit ialah pembeli sentiasa mengambil barang keperluan harian daripada pekedai pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga secara tunai pada hujung bulan. Jual beli istijrar bersama deposit pula ialah pembeli meletakkan sejumlah wang terlebih dahulu kepada pekedai dan mengambil barang keperluan harian daripada pekedai tersebut pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga pada hujung bulan menggunakan wang deposit berkenaan. Sekiranya wang deposit melebihi harga, wang tersebut akan dikembalikan atau dibawa ke hadapan. Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, maka pembeli akan melunaskannya. Sinonim bai‘ istijrar jual beli istijrar.
photogrammetryfotogrametriArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik pemetaan kawasan dengan mengambil foto dari udara. Teknik ini digunakan untuk mengukur kawasan permukaan dan badan manusia serta dimensinya. Kaedah ini banyak digunakan untuk mengambil data daripada mumia. Istilah fotogrametri pertama kali digunakan pada tahun 1859.
pawn benefitmanfaat gadaianEkonomiEkonomi IslamFaedah yang diperoleh daripada barang gadaian. Pada prinsipnya pegadai tidak boleh mengambil sebarang manfaat daripada barang gadaian. Walau bagaimanapun, pegadai dibolehkan mengambil manfaat tersebut untuk menampung kos penjagaan barang gadaian. Contohnya, manfaat menggunakan kenderaan daripada gadaian kenderaan, manfaat susu daripada gadaian binatang, manfaat mendiami rumah daripada gadaian rumah dan manfaat menanam tanaman daripada gadaian tanah.
abuse of discretionsalah guna budi bicaraUndang-undangTiadaPenyalahgunaan kuasa yang dimiliki oleh pihak pentadbiran untuk memutuskan sesuatu menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira beberapa asas penting.
international peace and securitykeamanan dan keselamatan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaObjektif atau matlamat utama penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945. Bagi mencapai objektif ini, PBB mengambil dua pendekatan, iaitu langkah kolektif yang berkesan dan penyelesaian pertikaian secara aman. Walau bagaimanapun, PBB hanya mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan antarabangsa sahaja tetapi sebaliknya tidak mengambil berat kekacauan yang berlaku dalam negeri, sehinggalah kekacauan ini menjejaskan keamanan antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh tindakan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang sering menyalahgunakan kuasa veto yang diberi dan menyebabkan objektif keamanan dan keselamatan antarabangsa ini gagal dicapai sepenuhnya. Lihat juga Majlis Keselamatan.
minimal flightpenerbangan minimumMeteorologiMeteorologi PerhubunganPenerbangan yang dirancang dan dikemudi supaya waktu penerbangannya dilakukan dalam tempoh yang paling singkat. Perancangannya mengambil kira pola angin tiga dimensi semasa penerbangan, yang berkaitan dengan ciri pengendalian pesawat. Walau bagaimanapun, pada masa kini penerbangan menimum masih mengambil kira konsep penerbangan pola tekanan dua dimensi.
12345678910...

Kembali ke atas