Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil peranan:


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
melody instrumentalat melodiKesenianTiadaAlat muzik yang mengambil peranan melodi.
carbon cycle (carbon-nitrogen cycle)kitar karbon (kitar karbon-nitrogen)MatematikTiadaSiri tindak balas nukleus yang dipercayai berlaku di matahari dan bintang lain dan menghasilkan tenaga begitu banyak. Proses ini menghasilkan tindak balas berangkai dengan karbon mengambil peranan sebagai mangkin.
genius locigenius lociKesenianSeni BinaSemangat atau jiwa sesuatu tempat. Sesuatu tempat dianggap sebagai ruang-ruang yang mempunyai karakter, identiti, nilai dan keunikan yang tersendiri. Penelitian terhadap genius loci tidak terbatas pada aspek fizikal semata-mata tetapi juga meliputi aspek budaya seperti kepercayaan, sejarah tempat, paradigma seni dan aspek sosial seperti hubungan antara manusia. Aspek-aspek berkenaan mempengaruhi seni bina kontemporari tentang bagaimana keadaan persekitaran memberi kesan kepada sesuatu tempat, dan hubung kaitnya dengan bahan, bentuk, warna, struktur, skala, ruang dalaman dan ruang luaran dalam lingkungan tempat tersebut. Kesemua elemen ini akan membentuk karakter sesuatu tempat. Oleh itu, arkitek seharusnya perlu peka terhadap elemen-elemen ini dan mengambil peranan sewajarnya dalam menyatukan elemen-elemen tersebut bagi mewujudkan hubungan yang harmoni antara ruang, alam dan tempat yang berkenaan.
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik.
devil's advocatepenyanggahPengurusanPerancanganIndividu yang memainkan peranan untuk mencabar andaian atau penegasan yang dibuat oleh sesuatu kumpulan, terutamanya dalam proses pembuatan keputusan. Penyanggah diperlukan untuk mengelak keputusan yang pramatang atau keputusan yang berat sebelah. Peranan penyanggah dapat memastikan sesebuah kumpulan mengambil tindakan yang berkesan setelah semua faktor yang berkaitan dipertimbangkan terlebih dahulu. Lihat juga pemikiran kumpulan.
common injection systemsistem suntikan bersamaKejuruteraan AutomotifEnjinSuntikan bahan api ke dalam udara yang mengalir dari pe- napis udara sebelum memasuki pancarongga pengambilan. Aliran yang mengandungi campuran udara-bahan api ini akan diagihkan oleh pancarongga pengambilan ke setiap silinder. Sistem ini mengambil alih peranan karburetor dan bertujuan untuk menambah baik percampuran udara-bahan api sebelum dibakar dalam kebuk pembakaran. Sinonim sistem pancitan bersama, suntikan berkumpulan. Banding suntikan liang.
crankcase ventilationpengalihudaraan kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPeredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan.
expert systemsistem pakarPertanianAgroteknologiAplikasi komputer atau perisian yang mampu memberikan jawapan atau panduan kepada pengguna mengenai sesuatu masalah teknikal berasaskan maklumat yang diberikan oleh pengguna. Contohnya, untuk menentukan baja yang diperlukan oleh sesuatu tanaman, pengguna boleh menyatakan jenis tanaman, peringkat umur dan sifat tanah dan sistem pakar akan memberikan syor tentang pembajaan kepada pengguna. Perisian tersebut mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pegawai pertanian yang mahir dalam aspek tanaman tersebut.
UN Protection Force (UNPROFOR))Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR.

Kembali ke atas