Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isolationpemencilanSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar yang memisahkan diri dan tidak mengambil tahu tentang urusan negara lain. Sebelum Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat terkenal dengan dasar pemencilan ini. Contohnya, pada tahun 1919 Amerika Syarikat tidak menandatangani perjanjian Versailles dan tidak menyertai Liga Bangsa. Walau bagaimanapun, selepas peperangan tersebut Amerika Syarikat tidak lagi mengamalkan dasar ini. Malah negara ini lebih mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal politik negara lain atas dasar menjaga keamanan dunia.
parochialparokialSains PolitikPolitik PerbandinganSifat budaya politik yang lemah atau tidak matang. Budaya politik ini menggambarkan persaingan dan penyertaan yang rendah dalam masyarakat. Anggota masyarakat bersifat pasif, tidak berminat dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negaranya. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian dan bersifat apati dengan politik masyarakatnya. Mereka tidak mengharapkan sesuatu output daripada kerajaan dan tidak juga memberi sebarang input bagi mempengaruhi kerajaan. Masyarakat ini biasanya mempunyai taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Kebanyakan negara di Afrika masih memiliki budaya politik yang parokial. Sinonim pemikiran sempit.
self-actualizationsempurna kendiriPsikologiPsikologi UmumDorongan semula jadi individu untuk membentuk sesuatu bakat dan kemampuan. Kemampuan ini melibatkan pemahaman kemampuan individu, menerima diri sendiri dan orang lain sebagai individu yang unik dan mengambil pendekatan yang berpusatkan masalah dalam kehidupan. Contohnya, jika individu menyedari tentang kebolehan atau bakatnya dalam muzik tetapi terpaksa menjadi jurujual, maka individu tersebut gagal memenuhi hakikat dirinya. Individu yang sempurna kendirinya mempunyai ciri kesihatan mental yang baik dan dapat mempersepsikan realiti dengan baik, tahu menilai baik dan buruk, mempunyai rakan terhad tetapi berkualiti, tidak bermusuhan, suka berjenaka, personaliti yang seimbang, prihatin terhadap masalah orang lain, menghormati hak asasi manusia dan menghargai orang lain. Menurut Maslow, tidak ramai individu yang berjaya mencapai tahap seperti ini kecuali orang-orang tertentu seperti Gandhi, Einstein dan Rooselvelt.

Kembali ke atas