Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil.kan] | مڠمبيلکن

Definisi : mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngam.bil.kan] | مڠمبيلکن

Definisi : mengambil utk: Ia ~ anaknya makanan yg tersimpan di dlm almari itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambilkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Guan Hong: Anand,tolong ambilkan saya kamus itu? Anand :Baiklah, Guan Hong.Saya akan tolong ambilkan kamus itu. Baiklah, Guan Hong.Saya akan mengambilkan kamus itu untuk kamu. Ya,Guan Hong. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. (mengambilkan kamus itu untuk kamu / mengambilkan kamu kamus itu) *Minta pencerahan
Penggunaan ayat  "Dia mengambilkan kamus itu untuk kamu." dan "Dia mengambilkan kamu kamus itu." adalah betul dari segi tatabahasa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 
Tatabahasa25.08.2021
Aslm pihak khidmat nasihat DBP, Apakah perbezaan antara men...i dan men..kan, atau di...i dan di...kan? (bukan dalam konteks objek bernyawa atau tidak) Contoh: 1) Kakak mengambilkan segelas air suam untuk datuk. (Menurut buku saya, ayat ini salah, tetapi bukankah kalau apitan meN..kan, ia perlu diikuti objek?) 2)Pemuda itu membelikan tunangnya seutas rantai emas atau Pemuda itu membelikan seutas rantai emas untuk tunangnya? Adakah apitan meN..i dan meN..kan membawa 'maksud berbeza', apabila digunakan dalam ayat-ayat tertentu? Contohnya: melakukan perbuatan untuk seseorang :membawakan, menyebabkan objek berlaku :menghilangkan Mohon penjelasan. Selain itu, bilakah dimasukkan apitan -kan atau -i dan bilakah ia digugurkan? Contoh : 1) Dia mengisi borang atau Dia mengisikan borang 2) Kakak mengambilkan datuk segelas air suam atau Kakak mengambil segelas air suam untuk datuk. Mohon penjelasan untuk setiap soalan yang dikemukakan.Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.Tatabahasa23.09.2015
Helmi : Narin, minta hantarkan buku ini ke bilik guru. Narin : ________ Respon di bawah sesuai? *Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Arun : Anand, tong ambilkan saya kamus itu. Anand : ____ *Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Minta penjelasan jika tidak sesuai. Terima kasih.Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa01.11.2022
1.sata teramat gembira apabila ketahui khabar baik ini. adakah betul penyata ini? bolehkah teramat digunakan untuk bermaksud sangat? 2.dia melalui jalan itu atau dia lalu jalan itu? mengapa? 3.bahawa kegiatan samseng semakin berleluasa di sekolah adalah benar? adakah soalan ini salah dari segi ayat tergantung? 4.i)saya menghidangi tetamu makanan.(ii)saya menghidangkan makanann kepada tetamu. tetapi (iii) saya mengambilkan tetamu makanan. apakah beza ketiga-tiga ayat ini? apakah kontex kegunaan imbuhan me...i, me...kan? terima kasih atas bantuan yang dihulurkan1. Ayat itu betul, teramat gembira atau tersangat gembira.
2. Dia melalui jalan itu, kata kerja transitif perlu ada imbuhan me.
3. Ayat itu tidak lengkap.
4. Dua ayat itu betul, ayat ketiga sepatutnya Saya mengambilkan makanan untuk tetamu.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202.
Tatabahasa12.05.2010
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008

Kembali ke atas