Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.na.li.sis] | مڠاناليسيس

Definisi : melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus di­ambil drpd kedua-dua ibu bapa utk diana­lisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.na.li.sis] | مڠاناليسيس

Definisi : 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganalisis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah.

1.  Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan".

2.  Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet.

3.  Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi:

     i.     Sapaan - tetamu.

     ii.    Objektif pertandingan.

     iii.   Hadiah pertandingan.

     iv.   Nama peserta/pasukan bertanding.

     v.    Urutan/ atur cara pertandingan.

     vi.   Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat.

  

Lain-lain05.03.2009
Assalamualaikum...mohon bantuan pihak DBP menganalisis aspek morfologi dan sintaksis berdasarkan petikan Minda Pengarang Akhbar Berita Harian seperti lampiran

Encik Mat Razi,

Dalam konteks menganalisis aspek morfologi dan sintaksis dalam teks yang dikemukakan, saudara perlu mengenal pasti bentuk kata dan jenis ayat yang terdapat dalam teks tersebut.

Lain-lain16.10.2010
Manakah yang betul? Analisa atau Analisis untuk makna perkataan "analyze". Analyzing = menganalisis atau menganalisa. Jadi mana lebih tepat: penganalisisan atau penganalisaan?Istilah yang betul ialah analisis, menganalisis dan penganalisisan.Istilah26.02.2009
Istilah larut malam merupakan kata majmuk dan istilah tersebut terkecuali daripada mengikut hukum DM, maknanya boleh digunakan. Pertanyaan; Sekiranya saya memberi tugasan menganalisis kesalahan tatabahasa kepada pelajarnya seperti menganalisis kesalahan lirik lagu. Contoh; Bila larut malam Suasana sepi Bolehkah ditulis: Apabila larut malam, suasana menjadi sepi atau Apabila malam sudah larut, maka suasana pun menjadi sepi
Kedua-dua ayat diberikan betul.
Lain-lain13.09.2017
kalau kita perlu menganalisis rima akhir pada serangkap pantun / syair, adakah kita tengok satu huruf sahaja pada akhir sekali, ataupun dua huruf pada akhir sekali? contohnya: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. # kita perlu tengok -ar ? atau -r ? # kita perlu tengok -i ? atau -ti ?

Susunan huruf rima akhir bagi pantun ialah a-b-a-b, manakala rima akhir untuk syair ialah a-a-a-a. Rima akhir a-b-a-b merupakan kriteria utama untuk membezakan pantun daripada syair yang didapati rima akhirnya a-a-a-a. Contoh pantun dengan rima akhir a-b-a-b adalah seperti yang berikut:

Sebab padi sebab selasih,           
Itulah sebab saya lurutkan,
Sebab budi sebab kasih,
Itulah sebab saya turutkan.

Salah satu lagi ciri pantun yang membezakannya dengan syair adalah bahagian pembayang dan bahagian maksud.

Sastera09.05.2022
Wujudkah perkataan "penganalisaan" atau "penganalisisan"Istilah yang betul ialah analisis, menganalisis dan penganalisisan.Ejaan11.02.2014
APAKAH DEFINISI RETORIK PENDEDAHAN, PENGGUNAAN KONSEP, TEKNIK-TEKNIK BERKAITAN PENDEDAHAN, TEORI PENDEDAHAN, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGANALISIS RETORIK PENDEDAHAN DENGAN TAJUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN, SERTA CARA UNTUK MENGAPLIKASIKAN TEKNIK PENDEDAHAN DENGAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN?Pendedahan bermaksud memaparkan, menampakkan atau memperlihatkan; kegiatan atau proses yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dahulunya asing kepadanya. Sila rujuk buku-buku yang berkaitan bidang yang dicadangkan dalam soalan.Makna12.08.2008
apakah bahasa antara, pemindahan bahasa dan pengaruh bahasa? sekiranya mengkaji penulisan bagi ketiga-tiga aspek tersebut, apakah perbezaan kaedah menganalisis?Dicadangkan soalan ini dikemukakan kepada pakar bidang Linguistik di IPTA bagi mendapatkan jawapan tepat.Lain-lain13.01.2007
apakah yang dimaksudkan dengan intelek?
  • Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;
  • Makna30.04.2009
    Adakah ayat majmuk mengalami proses peluasan? Dalam kerja kursus pelajar saya, objektif yang ditulis adalah seperti berikut: menghuraikan proses peluasan dalam ayat majmuk dan membuat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu. Pertanyaan saya : Adakah penulisan objektif kajian itu betul?Peluasan boleh sahaja berlaku dalam mana-mana fungsi perkataan, makna atau ayat. Namun begitu, untuk mendapatkan jawapan yang tepat sila rujuk pihak yang berkaitan. Dalam hal ini guru di sekolah ialah orang yang tepat untuk dirujuk.Tatabahasa04.08.2015
    123

    Kembali ke atas