Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dai.kan] | مڠندايکن

Definisi : menganggap mungkin ter­jadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dai.kan] | مڠندايکن

Definisi : menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengandaikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'ayat transformasi'? Sila berikan contoh ayat.Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa17.09.2008
Salam sejahtera. Jika "Hari Kanak-kanak" ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataannya, saya mengandaikan "Hari Ibu" juga sedemikian. Namun, berdasarkan kamus dewan, ditulis dengan huruf kecil iaitu "hari ibu". Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Hari Kanak-kanak dan Hari Ibu kerana kedua-duanya nama khas bagi hari yang tertentu. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan26.07.2012
saya ingin bertanya. istilah terkini 2010 bagi perkataan sustainable? Adakah Mampan atau lestari? Saya mengandaikan bahawa istilah terkini sustainable adalah lestari. Adakah andaian saya benar? Contohnya penggunaan ayat proses pemberimilikan tanah lestari atau mampan?Padanan perkataan sustainable dalam bahasa Melayu ialah mampan.Istilah19.03.2010
Apakah maksud Kaedah tatabahasa Transformasi Generatif?Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, halaman 531.Tatabahasa16.02.2009
Assalamualaikum tuan/puan. Saya mengucapkan terimakasih atas jawapan tuan/puan terhadap bentuk ejaan "pengubahan wang haram". Berdasarkan jawapan yang tuan/puan berikan kepada saya, saya mengandaikan bahawa tuan/puan menyatakan kata dasar bagi perkataan ini ialah "ubah". Yang menjadi kemusykilan saya ialah, mengapakah kata dasarnya ialah "ubah" dan bukannya "gubah". Hal ini demikian kerana frasa "pengubahan wang haram" ini saya yakin dalam bahasa Inggerisnya ialah "money laundering" dan bukannya "money changing". Saya sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat memberikan justifikasi sebab "ubah wang haram" yang tepat, dan bukannya "gubah wang haram". Terima kasih.Kami berpendapat pengubahan wang haram betul. Akar kata ubah menjadi mengubah dan menerbitkan pula kata pengubahan yang bermaksud perihal menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Penggubahan daripada kata gubah menjadi menggubah, iaitu mengatur atau menyusun bunga untuk perhiasan. Dalam konteks ini kata pengubahan paling tepat digunakan. Dalam data kami kata juga launder bermaksud melaburkan wang haram, maka money laundering boleh diterjemahkan kepada pelaburan wang haram.Tatabahasa23.07.2015
SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI AYAT TRANSFORMASI, KONSEP AYAT TRANSFORMASI SATU DASAR BERSERTA DENGAN CONTOH AYATNYA SEKALI. TERIMA KASIH.Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 531. Tatabahasa25.03.2008
Penggunaan kata sendi pada Manakah satu ayat berikut adalah betul? 1) Setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan. 2) Pada setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan. Adakah kata sendi "pada" boleh digugurkan penggunaan dalam konteks ayat (1) ataupun wajib hadir (bersama dengan konteks penggunaan yang menerangkan masa) Sekiranya, setiap = tiap-tiap dan kita mengandaikan bahawa kata sendi "pada" mesti hadir di hadapan ayat maka ayat: 1) Tiap-tiap petang, Ali bermain di padang bola sepak (ayat ini salah kerana tiada kata sendi "pada") Terima kasihKedua-dua ayat yang dikemukakan, iaitu 'Setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan.' dan Pada setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan.' adalah betul. Tidak ada peraturan yang mengatakan kata sendi 'pada' tidak boleh digugurkan dan wajib hadir dalam konteks tersebut.  Tatabahasa31.10.2011
Saya ingin mendapatkan senarai perkataan dari kumpulan perkataan yang kerap digunakan Dalam pertuturan seharian sehingga kumpulan perkataan yang sangat jarang digunakan bagi tujuan kajian dan penyelidikan yang sedang saya jalankan. Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada pihak DBP ada menyediakan senarai tersebut atau pihak tuan/puan ada cara yang tertentu bagi memudahkan carian saya? Terima kasih.Salam puan budiman, Berkenaan soalan yang pertama, pihak kami mengandaikan tentang kekerapan penggunaan perkataan. Pertama sekali, pihak kami tidak menyediakan senarai penggunaan perkataan seharian. Tetapi perkhidmatan korpus DBP mungkin boleh membantu. Walau bagaimanapun, korpus ini melibatkan gugusan atau himpunan tulisan/teks daripada bahan bertulis seperti buku, akhbar, majalah, dan lain-lain dalam pelbagai genre bagi tujuan penyelidikan. Cara penggunannya, buat carian Google (Korpus DBP). Klik Pengguna Awam. Baca syarat dan klik setuju. Boleh buat carian kata harian yang ingin kita kaji. Contoh, masukkan perkataan 'makan'.  Klik cari dan keluar paparan konkordans dan kolokasi. Untuk melihat taburan penggunaan, boleh klik medan kolokasi dan jana kolokasi kata tersebut. Semoga membantu. Sekian.Lain-lain16.10.2020
Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata­-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP.Makna13.12.2016
Assalamualaikum w.b.t..sy merupakan pelajar phd pendidikan Bahasa Melayu.Saya ingin bertanya,adakah kata majmuk bahasa kiasan dan simpulan bahasa itu adalah sama? Hal ini demikian kerana kata majmuk bahasa kiasan diajar dalam aspek tatabahasa, manakala simpulan bahasa pula adalah merupakan sebahagian daripada peribahasa. Saya meminta jasa baik pihak tuan untuk memberikan pencerahan.Terima kasih.Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Persamaan antara kedua-dua jenis bahasa ini ialah ungkapan yang terbentuk berbeza dengan makna asal perkataan-perkataan tersebut. Kedua-dua jenis bahasa ini juga menjadi bahagian daripada kata majmuk. Walau bagaimanapun, dalam pencarian kami tidak menemukan ungkapan yang berfungsi sebagai bahasa kiasan juga simpulan bahasa. Oleh itu, perlu kajian yang lebih mendalam untuk membuktikan kata majmuk bahasa kiasan itu adalah sama dengan simpulan bahasa.

Tatabahasa19.06.2023
12

Kembali ke atas