Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dai.kan] | مڠندايکن

Definisi : menganggap mungkin ter­jadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dai.kan] | مڠندايکن

Definisi : menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengandaikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUASA MEMILIH

Kuasa memilih ialah suatu istilah bagi kebebasan

memilih. Kebanyakan orang mengandaikan

yang mereka memiliki kebebasan ini dalam membuat

keputusan.

UMUM 
PERBUATAN MENGHALAU HANTU

Perbuatan menghalau hantu ialah

perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan-

syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal

seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini

mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa

jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis

mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda

seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang

salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah.

Malah ia juga boleh menguasai seorang individu

dengan mengambil alih badan seseorang secara

sementara.

UMUM 
ANAXAGORAS

Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah

Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa

perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan

seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa

semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji

benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak

pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam

kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim

hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih

yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya

kombinasi semula ini, gerakan diperlukan.

UMUM 
TEORI PERMAINAN

Teori permainan ialah satu kaedah mengkaji

pelbagai situasi dalam membuat keputusan, apabila

pilihan dua atau lebih individu atau kumpulan

mempengaruhi satu sama lain. Ahli teori permainan

mengandaikan situasi-situasi ini sebagai permainan

dan pembuat keputusan sebagai pemain.

UMUM 
STANISLAVSKI, KONSTANTIN

Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama

pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal

Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang

sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya

menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan

mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah

wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak

sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.”

UMUM 
RASISME

Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia

boleh dibahagikan menurut ras dan anggota,

sesetengah ras berkedudukan lebih rendah

daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini

melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah

lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya

atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai

penganut faham rasisme atau rasis. Rasis

mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri

adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral

atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh

sebab mereka mengandaikan bahawa mereka

adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka

berhak mendapat hak istimewa.

UMUM 
TAN-TAN

TAN-TAN, kerajaan awal di Nusantara.  Namanya mula-mula sekali muncul dalam catatan sumber China, Sui-shu, bersama-sama dengan 10 buah kerajaan lain, antaranya ialah Pan-pan, Chih-tu dan To-lo-mo, yang menghantar perutusan ke negeri China dari tahun 605 M. hingga tahun 616 M.  Lokasi kerajaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi.  Ada yang mengatakan ia terletak di India dan ada pula yang mengandaikan ia terletak di Pulau Natuna.  Menurut Paul Wheatly, Tan-tan terletak di salah sebuah kuala sungai selepas kuala Sungai Kelantan, iaitu kuala Sungai Besut atau Sungai Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas