Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dai.kan] | مڠندايکن

Definisi : menganggap mungkin ter­jadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dai.kan] | مڠندايکن

Definisi : menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengandaikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Alfven cosmogonykosmogoni AlfvenMatematikTiadayang mengandaikan planet terbentuk daripada gas yang masuk ke dalam matahari dan menjadi terion apabila berlaku perlanggaran antara molekul akibat daya elektromagnet, kemudian mengental menjadi jasad.
Laplace criterionkriteria LaplacePentadbiranTiadaKriteria yang mengandaikan kebarangkalian yang sama bagi setiap keadaan.
authority theoryteori autoritiPentadbiranTiadaTeori yang mengandaikan bahawa pertimbangan tentang perhubungan manusia memang tiada kaitan dengan perniagaan dan kebanyakan orang memang pada kebiasaannya bergantung kepada orang lain, mementingkan diri sendiri, dan tidak mahu bekerjasama.
jellium modelmodel jeliumFizikNanoteknologiModel yang mengandaikan suatu gugusan atom sebagai suatu atom besar. Cas nukleus setiap atom dianggap bertaburan secara seragam di dalam sfera bersaiz gugusan tersebut. Aras tenaga dalam model ini diperoleh daripada penyelesaian persamaan Schrodinger seperti yang dilakukan untuk atom hidrogen.
capture theoryteori tawanMatematikTiada1. Teori yang mengandaikan bahawa orbit semua komet berbentuk parabola, asalnya, dan orbit yang berbentuk elips itu merupakan orbit yang telah diubah oleh daya graviti planet tertentu yang berhampiran dengan jalan yang dilalui oleh komet yang berkenaan.
defense hypothesishipotesis pembelaanSains ForensikTiadaHipotesis yang mengandaikan bahawa seseorang individu lain yang mempunyai profil DNA yang sepadan adalah pelaku jenayah. Hipotesis pembelaan bercanggah dengan hipotesis pendakwaan. Simbol Hd.
prosecution hypothesishipotesis pendakwaanSains ForensikTiadaHipotesis yang mengandaikan bahawa suspek yang mempunyai profil DNA yang sepadan adalah pelaku jenayah. Hipotesis pendakwaan bercanggah dengan hipotesis pembelaan. Simbol HP.
law of mortalityhukum kemortalanPentadbiran PerniagaanTiadaHukum yang mengandaikan bentuk fungsi kemortalan adalah mengikut beberapa hukum seperti, Makeham, Gompertz dan sebagainya.
Paterson methodkaedah PatersonPentadbiranTiadaKaedah penilaian kerja yang mengandaikan bahawa semua kerja boleh dianalisis berasaskan penglibatan seseorang dalam sesuatu pekerjaan.
accretion hypothesishipotesis tokokanGeologiTiadaHipotesis asal mula bumi yang mengandaikan bahawa bumi terbentuk daripada nukleus kecil yang kemudiannya membesar dengan penambahan jasad pepejal sedikit demi sedikit.
1234567

Kembali ke atas