Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai panas mengandung hujan.

Bermaksud :

Tertawa dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
NYATAKAN PERBEZAAN MENGANDUNG DAN MENGANDUNGIMengandung bermaksud 1. membawa sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Contohnya, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa02.05.2014
mengandungi maklumat atau mengandung maklumat?Mengandung bermaksud membawa 1. sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Oleh itu, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa10.04.2010
perkataan 'mengandung' atau 'mengandungi', mana satu yang betul? cthnya: "kertas soalan ini mengandungi/mengandung tiga halaman bercetak."harap mendapat penjelasan. terimakasihMengandung bermaksud membawa sesuatu dalam saku dll, hamil. Mengandung sama penggunaan dengan mengandungi untuk maksud berisi, memuat.Tatabahasa19.01.2007
Saya penterjemah sari kata. Apakah istilah dalam bahasa melayu yang paling sesuai untuk "expecting parents"? Adakah "ibu bapa mengandung" diterima? Dalam konteks ini, "expecting" bermakna "hamil".Saudara, "expecting mother" diterjemahkan sebagai ibu mengandung. Jika "expecting parents" diterjemahkan sebagai "ibu bapa mengandung" tidak logik kerana bapa tidak mengandung. Maka, dicadangkan "bakal ibu bapa" atau "bakal ayah dan ibu".Penyemakan dan penterjemahan08.04.2015
saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi'Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
Tatabahasa15.02.2012
saya ingin memohon jasa baik dari pihak DBP untuk menolong saya mencari perbezaan perkataan 'mengandung' dan 'mengandungi'. saya berharap pihak DBP dapat mmberi kerjasama dengan saya dan membalas secepat yang mungkin..Kata mengandung daripada kata kandung dan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. membawa sesuatu dalam saku dll. 2. hamil 3. = mengandungi, berisi, memuat. Dari segi penggunaan untuk maksud hamil perkataan yang digunakan ialah mengandung. Bagi maksud selain itu perkataan mengandungi digunakan.        Tatabahasa23.03.2008
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih

Encik Ishak,

Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut:

1  (a).  Untuk makluman tuan, kata mengandung dan mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah mengandung kira-kira dua bulan. Manakala mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali  itu mengandungi maklumat yang rahsia. 

1  (b) Kata boleh dan dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza.  Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila  kata dapat  digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari  dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu.

1  (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang  merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 

2.   C. sehingga anak cucu

     D. sehingga malam

 

Tatabahasa13.05.2009
1. Makanan itu mengandung pewarna tiruan. 2. Makanan itu mengandungi pewarna tiruan. Ayat mana yang betul?Ayat yang betul ialah makanan itu mengandungi pewarna tiruan. Harap maklum.Tatabahasa25.07.2008
1.Kenapakah frasa ibu bapa tidak diletakkan antaranya tanda sempang? 2.Apakah maksud equatif? 3.Adakah sebarang ayat yang mengandung unsur keterangan adalah ayat majmuk? 4.Ayat :..berteduh /berlindung di dalam pondok ketika hujan. 5.Apakah soalan ramalan karangan STPM tahun 2011?

1. Ibu bapa ialah kata majmuk dan kata majmuk dieja dua perkataan melainkan yang telah mantap sahaja dieja satu perkataan seperti warganegara, setiausaha dan olahraga.

2. Perkataan equatif tidak ada dalam sumber rujukan kami.

3. Tidak semestinya ayat majmuk, ayat tunggal juga boleh mengandung unsur keterangan yang menerangkan predikat.

4. Kedua-duanya betul.

5. Untuk urusan peperiksaan sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tatabahasa02.11.2011
Mengapakah kata 'meng-e-melkan' mengandung 2 tanda sempang ?Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum.Ejaan24.09.2007
1234

Kembali ke atas