Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.du.ngi] | مڠاندوڠي

Definisi : berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.du.ngi] | مڠاندوڠي

Definisi : menjadi sbg kandung kpd: Gelas ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
NYATAKAN PERBEZAAN MENGANDUNG DAN MENGANDUNGIMengandung bermaksud 1. membawa sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Contohnya, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa02.05.2014
mengandungi maklumat atau mengandung maklumat?Mengandung bermaksud membawa 1. sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Oleh itu, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa10.04.2010
menurut kamus tatabahasa, 'banyak' perlu dibubuh di depan kata kerja. oleh itu, 1) Susu banyak mengandungi khasiat. dan 2) Susu mengandungi khasiat yang banyak. adalah ayat yang betul? Menurut hukum D-M pula, 1) Susu mengandungi banyak khasiat. Jadi, ayat manakah yang betul? Atau semua ayat tersebut boleh diterima? Terima kasih.Banyak perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama. Ayat - Susu banyak mengandungi khasiat - betul, iaitu banyak + Frasa Nama. Ayat 2 -  Susu mengandungi khasiat yang banyak, juga betul (bentuk pasif). Ayat 3 - Susu mengandungi banyak khasiat, tidak betul mengandungi merupakan Kata Kerja Transitif, oleh itu perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama sedangkan banyak merupakan Kata Adjektif.Tatabahasa11.07.2008
Salam sejahtera. Saya ingin tanya: Buah-buahan mengandungi banyak zat atau buah-buahan banyak mengandungi zat? Terima kasihBuah-buahan mengandungi banyak zat / buah-buahan banyak mengandungi zat, kedua-duanya betul. Perkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. Tatabahasa17.05.2010
saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi'Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
Tatabahasa15.02.2012
1) Susu mengandungi banyak khasiat. ATAU 2) Susu banyak mengandungi khasiat. Terima kasih.Mengikut struktur ayat dan Hukum D-M, menunjukkan ayat pertama betul, iaitu Susu mengandungi banyak khasiat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 16 dan Bab 17.Tatabahasa10.07.2008
'Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin.' 'Buah-buahan yang segar banyak mengandungi vitamin.' Ayat di atas, yang manakah betul?Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin, Kata banyak dalam ayat ini ialah  kata bilangan.  Tatabahasa13.01.2008
perkataan 'mengandung' atau 'mengandungi', mana satu yang betul? cthnya: "kertas soalan ini mengandungi/mengandung tiga halaman bercetak."harap mendapat penjelasan. terimakasihMengandung bermaksud membawa sesuatu dalam saku dll, hamil. Mengandung sama penggunaan dengan mengandungi untuk maksud berisi, memuat.Tatabahasa19.01.2007
Salam. Saya ingin buat semakan dengan tuan/puan berkenaan ayat yang dipaparkan pada "graphics on screen" sebelum program bermula; "Adut themes" dalam ayat di bawah, adakah terjemahan sesuai ialah "paparan seksual eksplisit" atau bagaimana ya? Begitu juga dengan "This content contains...." Kita boleh terjemah sebagai "Program ini mengandungi" atau "Kandungan ini mengandungi"? "Kandungan" dan "mengandungi" bunyi macam kurang sesuai (berulang). Ayat: THIS CONTENT CONTAINS ADULT THEMES THAT MAY BE UNSUITABLE FOR SOME VIEWERS. VIEWER DISCRETION IS ADVISED. Saya ambil maklum "Viewer discretion is advised" diterjemah sebagai "Kebijaksanaan penonton amat diharapkan". Terima kasih atas segala maklum balas.

Kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut:

 

Program ini mengandungi adegan yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah penonton. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan.
Penyemakan dan penterjemahan14.11.2018
Salam sejahtera. Dalam ayat berikut: Ibu menyuruh ayah membeli cat mesra alam, bukan yang mengandungi bahan kimia. Adakah 'yang mengandungi ' ialah frasa kerja yang mendukung maksud pertentangan maklumat. Terima kasih.Dalam ayat ini, perkataan bukan ialah kata nafi yang hadir di hadapan frasa kerja yang mengandungi bahan kimia yang mendukung maksud pertentangan maklumat.Tatabahasa28.06.2021
12345678910...

Kembali ke atas