Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
finished herbal productsproduk akhir herbaHerbaTiadaProduk mengandungi sediaan herba yang dibuat daripada satu atau lebih herba. Produk yang mengandungi lebih daripada satu herba dikenali sebagai produk herba campuran. Produk ini boleh mengandungi eksipien sebagai bahan tambahan kepada bahan aktif. Di negara tertentu ubatan herba secara tradisinya boleh mengandungi bahan aktif organik atau tak organik semula jadi yang bukan berasal daripada tumbuhan, contohnya bahan haiwan dan mineral. Namun, umumnya produk yang mengandungi bahan aktif kimia terciri termasuk sebatian sintetik dan/atau sebatian yang terpencil daripada bahan herba tidak dianggap sebagai produk akhir herba.
scheduled poisonracun berjadualHerbaPeraturan dan PemasaranBahan atau kandungan herba yang disenaraikan dalam Senarai Racun. Contoh bahan atau kandungan herba yang mengandungi racun berjadual ialah opium (Papaver somniferum) yang mengandungi papaverina, dan pokok ketum (Mitragyna speciosa) yang mengandungi mitraginina. Pemegang yang mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sahaja dibenarkan mendaftar produk yang mengandungi racun berjadual seperti yang ditakrifkan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Pembuangan produk yang mengandungi racun berjadual perlu dimaklumkan kepada Pegawai Penguatkuasaan Farmasi Negeri.
ribonucleic acid (RNA)asid ribonukleik (RNA)FizikNanoteknologiSejenis molekul yang terdiri daripada rantaian panjang asid nukleik. Molekul RNA sama seperti molekul DNA, tetapi yang berbeza ialah RNA mengandungi ribosa sementara DNA mengandungi deoksiribosa. Kebanyakan RNA, termasuk RNA pengutus dan RNA pemindah, berfungsi sebagai perantaraan untuk memindahkan maklumat genetik yang tersimpan dalam DNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. RNA ialah nanowayar tabii.
lamentrintihanKesusasteraanPuisiPuisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.
elixireliksirHerbaFitoterapiCecair pekat manis yang mengandungi ubat atau herba yang diberikan melalui mulut. Eliksir mungkin mengandungi alkohol serta bahan perisa.
counterfeit productproduk palsuHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang ditiru dan disalah label dengan sengaja dari segi aspek identiti dan/atau sumbernya. Produk palsu termasuk produk yang mengandungi bahan betul atau bahan salah, mengandungi kuantiti bahan aktif yang tidak betul, tanpa mengandungi bahan aktif, atau mempunyai pembungkusan palsu.
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud �salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem�. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
amino acidasid aminoFizikNanoteknologiKelas sebatian organik ringkas yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen, yang dalam kes tertentu sebatian ini juga mengandungi sulfur. Sebatian ini merupakan blok binaan protein. Sebatian asid amino terdiri daripada kumpulan karboksil (COOH) dan kumpulan amino (NH2) yang melekat pada atom karbon yang sama pada hujung sebatian. Contohnya, asid amino yang terdapat pada haiwan ialah alanina, asid aspartik dan asid glutamik.
analytical reportlaporan analisisHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang mengandungi maklumat proses dan data pengujian untuk menentukan kualiti bahan atau produk akhir herba. Laporan analisis mengandungi keputusan semua piawai, sampel kawalan kualiti dan laporan pengesahsahihan analisis. Beberapa kromatogram atau data mentah yang berkaitan harus disertakan merangkumi seluruh julat kepekatan untuk semua piawai, sampel kawalan kualiti dan spesimen yang dianalisis.
12345678910...

Kembali ke atas