Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nga] | مڠاڠا

Definisi : 1. membuka mulut (lebar-lebar); 2. ki tidak dapat lagi (apa yg dihajatkan dll), melepas: kalau saya bertanya, awak kata nanti, apabila diambil orang kelak baru awak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nga] | مڠاڠا

Definisi : 1 membuka mu­lut luas-luas. 2 ki tidak memperoleh apa-apa yg dihajati (kerana telah di­am­bil orang dsb): Isilah borang ini dgn betul supaya apabila orang lain dpt, awak tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nganga
Kata Terbitan : menganga, mengangakan, ternganga,

Peribahasa

Bertepuk sebelah tangan,
     bersiul sambil menganga.

Bermaksud :

Cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya melihat satu podcast di internet mengatakan satu pepatah melayu yang belum saya pernah dengar , bolehkan saya meminta untuk membuat semakan adakah terkandung secara rasmi dalam persuratan melayu atau hanya satu perkataan biasa sahaja " Tunduk sebelum Melangkah , Senyum sebelum Menengking , Menganga sebelum Bermadah" kalau menyanyi asli iramanya saya ingin memastikan ini adalah suatu pantaun ataupun sejenis rangkap apa
"Tunduk sebelum melangkah, senyum sebelum menengking, menganga sebelum bermadah" ialah ungkapan baharu yang dicipta atau dalam erti kata lain bukan peribahasa (pepatah) yang sedia ada.
Sastera21.02.2024
Assalamualaikum. Tuan, apa fungsi imbuhan pe-, me- dan be-/ber- secara tuntasnya? Terima kasih.Imbuhan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contohnya, petinju. Yang kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani.

Imbuhan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif yang apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf seperti m, n, ny, ng, r, l, w, y, p,t, k dan s. Contohnya, memasak, menanti, menyala, menganga, memesan dan mewangi. (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 146-147)

Imbuhan be-/beR- juga membentuk kata kerja. Perkataan-perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja tak transitif sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan beR-  yakni ber- yang digabungkan dengan semua kata dasar. Contohnya, berangkat, berbaju, berfikir, bergelut, berjiran dan berlari. (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 156-165)
Tatabahasa18.07.2018

Kembali ke atas