Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.go.ta.i] | مڠڠݢوتاءي

Definisi : menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.go.ta.i] | مڠڠݢوتاءي

Definisi : menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganggotai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menjadi seorang penulis novel/cerpen, bagaimana dan di mana saya harus bermula??Saudara harus membaca buku-buku yang berkaitan dengan penulisan novel dan cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Selain itu, saudara harus menganggotai persatuan penulis agar dapat mengikuti kursus atau bimbingan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga disarankan supaya berkawan dengan penulis yang terkenal untuk mempelajari teknik-teknik penulisan penulis tersebut. Saudara boleh menghantar cerpen kepada editor yang menangani penerbitan majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain06.02.2008
apakah sumbangan yang dihulurkan oleh dbp untuk perkembangan BM sejak ditubuhkan?Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah dsb. diterbitkan.Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Lain-lain18.04.2009
Saya berminat dengan bidang penulisan. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan pandangan dan komen terhadap idea atau penulisan saya?Perkara utama yang perlu saudara lakukan adalah menghasilkan karya untuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saudara boleh berkunjung ke Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Saudara boleh berbincang dengan editor  yang menguruskan penerbitan majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, dan sebagainya tentang hasil penulisan saudara. Saudara juga boleh menganggotai persatuan penulis di tempat saudara untuk mengasah bakat saudara dalam bidang penulisan.Lain-lain11.03.2008
Assalamualaikum, Saya adalah seorang pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UPM. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak DBP dengan mewujudkan laman web ini yang telah saya gunakan sekian lama. Cuma,saya tertarik untuk memberikan pendapat terhadap satu istilah yang digunakan di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pole-zero, di mana ia telah ditafsirkan dalam bahasa melayu sebagai kutub-sifar. Bagi saya penggunaan perkataan kutub di sini adalah tidak tepat kerana pole yang dimaksudkan di sini tidak sama seperti di dalam bidang lain contohnya yang merujuk kepada kutub utara atau selatan medan magnet. Di dalam sistem kawalan, perkataan pole digunakan untuk merujuk kepada nilai yang menyebabkan satu transfer function (rangkap pindah) infiniti. Dengan kata lain sekiranya magnitude rangkap pindah tersebut dilakarkan secara 3-dimensi, nilai yang berada di kedudukan tersebut akan kelihatan seperti tiang (dalam bahasa inggeris =pole). Jadi pole di sini bukan merujuk kepada kutub, tetapi tiang dan saya rasa ia perlu dibetulkan untuk memberi kefahaman sebenar istilah tersebut. Saya sedia dihubungi untuk berbincang lanjut perkara ini. Sekian, terima kasih. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban Universiti Putra MalaysiaTerima kasih atas keprihatinan dan maklumat YBhg. Prof. berikan. Dalam bidang peristilahan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi (dulunya Bahagian Peristilahan), DBP menyelenggara jawatankuasa istilah sesuatu bidang. Pensyarah atau pakar dalam sesuatu bidang dilantik menganggotai jawatankuasa istilah. Sehubungan dengan itu, maklumat yang disampaikan oleh YBhg. Prof telah kami salurkan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diambil maklum dan tindakan selanjutnya.Istilah04.06.2014
Salam Pihak DBP. Saya ingin tahu akan sejarah DBP. Bagaimana ia ditubuhkan dan apakah sumbangan-sumbangan yang terbesar ataupun yang telah memberi impak yang kuat kepada masyarakat yang berbahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Sila layari laman web www.dbp.gov.my, pelbagai maklumat tentang DBP ada dimuatkan dalam laman tersebut. Untuk makluman puan, sumbangan DBP dalam bidang termasuklah bahasa, sastera, penerbitan dan budaya bermula semenjak awal penubuhan. Dalam ruang yang terhad ini sedikit maklumat dapat diberikan, contohnya, sumbangan DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah diterbitkan. Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Lain-lain04.10.2015

Kembali ke atas