Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.go.ta.i] | مڠڠݢوتاءي

Definisi : menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.go.ta.i] | مڠڠݢوتاءي

Definisi : menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganggotai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cooptationpilih lantikSejarahTiadaMempelawa seseorang untuk menganggotai sesebuah jawatankuasa tanpa pengundian.
field galaxygalaksi medanMatematikTiadaGalaksi yang tidak menganggotai mana-mana gugus galaksi.
union of setskesatuan setMatematikTiadaSet yang terdiri daripada unsur-unsur yang menganggotai sekurang-kurangnya satu set daripada set-set yang diberi. Kesatuan dua set, katalah P dan Q ditandakan dengan P Q. Misalnya, jika P = {c, d, e} dan Q = {c, e, f}, maka P Q = {c, d, e, f} RUJUK RAJAH M.S. 52.
intersection of setspersilangan setMatematikTiadaSet yang terdiri daripada unsur-unsur yang menganggotai setiap set daripada set-set yang diberi. Persilangan bagi dua set, katalah M dan N, digambarkan dengan M ∩ N. Misalnya, jika r, s, t, u, v ialah unsur-unsur yang berbeza dan jika M = {r, s, t} dan N = {t, u, v}, maka M ∩ N = {t}.
company unionkesatuan syarikat; kesatuan pekerja syarikatSejarahTiadaKesatuan pekerja syarikat: Sekumpulan individu yang menganggotai pertubuhan dalam syarikat yang memperjuangkan hak ahli-ahlinya.
Federation CupPiala Federation (Tenis)SukanTiadaPiala yang menjadi rebutan antara pemain-pemain yang menganggotai suatu badan gabungan sukan, pada sukan bola sepak, pingpong, ragbi dan tenis.
duumvirateperintahan berduaSejarahTiada1. Bentuk pemerintahan kerajaan Rom purba yang terdiri daripada dua duumvir yang menganggotai satu badan, majlis atau jawatankuasa untuk upacara tertentu.,2. Gabungan dua orang di peringkat tertinggi pentadbiran untuk menjalankan sesuatu tugas penting.
immediate vestingletak hak serta-mertainsuransTiadaHak pekerja terhadap faedah pelan pencen bermula sebaik sahaja ia menganggotai pelan berkenaan.
immediate vestingletak hak serta-mertaPentadbiran PerniagaanTiadaHak pekerja terhadap faedah pelan pencen bermula sebaik sahaja ia menganggotai pelan berkenaan.
cabinet ministermenteri kabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan.

123

Kembali ke atas