Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kang] | مڠڠکڠ

Definisi : 1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kang] | مڠڠکڠ

Definisi : berdiri, berjalan dll dgn kaki terbuka luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kangkang (kata nama)
Bersinonim dengan celah, buka, rekah, ruang, pesak, kikik;,
Kata Terbitan : mengangkang, terkangkang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menunggang atau membonceng dan menumpang motosikal?Menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll.). Membonceng pula ialah menumpang naik motosikal (basikal dan sebagainya) sementara menumpang membawa maksud naik dan berpergian (dengan kereta, kapal, dll.) dan juga membawa maksud membonceng.

Oleh yang demikian, menunggang, membonceng dan menumpang motosikal boleh digunakan.

Lain-lain21.08.2021
apa beza mengayuh basikal dengan menunggang basikal?Mengayuh basikal bermaksud menjalankan basikal dengan memijak dan memusingkan kayuhnya. Manakala menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas basikal. Perbuatan pertama  memberi tumpuan kepada perbuatan menggerakkan basikal.Tatabahasa29.03.2012
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu  seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul.Tatabahasa19.07.2012

Kembali ke atas