Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul? 1) Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu. 2) Kalang mencuba mengangkat bungkusan simen itu. 3) Dia mengangkat bersama-sama Haikal. 4) Dia mengangkat bersama Haikal. 5) Dia mengangkat bersama dengan Haikal. Terima kasih.1. Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu.
2. Ayat 3, 4, dan 5 tidak gramatis kerana tiada objek. Sekiranya ada objek, ayat 3 lebih tepat.
Tatabahasa01.04.2013
Mariah.........gagang telefon sambil..........dengan seorang kawan baiknya A.memaut/bercakap B.meletak/berborak C.menyentuh/bertanya D.mengangkat/berbualPerkataan yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai untuk mengisi tempat kosong tersebut ialah D: mengangkat/berbual, iaitu Mariah mengangkat gagang telefon sambil berbual dengan seorang kawan baiknya.Tatabahasa08.08.2009
1. Ali membantu gurunya mengangkat buku. 2. Ali membantu gurunya untuk mengangkat buku. Adakah penggunaan *untuk* itu wajib dalam ayat sebegini? Bilakah kita perlu menggunakan *untuk* dalam ayat yang macam mana kelak?Ayat yang betul ialah: Ali membantu gurunya mengangkat buku.

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

Contoh:
1. Beg baharu ini untuk adik. 
2. Rumah untuk pekerja-pekerja estet telah dibaiki.
2. Van itu untuk kegunaan kakitangan pejabat sahaja.
4. Beliau berkhidmat dengan cemerlang untuk negara.




Tatabahasa16.08.2021
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat.

2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu.
3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak:
4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
Tatabahasa22.07.2018
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006
Ahmad mengangkat beg plastik yang berisikan / berisi sampah ?

Ayat yang betul ialah Ahmad mengangkat beg plastik yang berisi sampah. 'Berisi' bermaksud mempunyai isi.

Tatabahasa11.03.2010
Salam sejahtera. Mana satukah ayat di bawah ini diterima? 1. Saya mengangkat kain-kain jemuran. ATAU 2. Saya mengangkat kain jemuran. terima kasihKedua-dua ayat yang diberikan adalah betulTatabahasa03.02.2020
Selamat sejahtera, soalan berkenaan ayat majmuk. Soalannya,a) Murid-murid mengangkat tangan kiri atau tangan kanan. b) Murid-murid mengangkat tangan kiri atau kanan. Adakah a) atau b) betul? Terms kasih.Ayat tersebut tidak gramatis. Untuk mengetahui berkenaan ayat majmuk dengan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 497.Tatabahasa20.10.2015
Apakah penggunaan bahasa yang sesuai, “Majlis Angkat Sumpah” atau “Majlis Mengangkat Sumpah”?“Majlis Angkat Sumpah” dan “Majlis Mengangkat Sumpah”, kedua-dua frasa ini telah banyak digunakan. Berdasarkan maklumat di Internet frasa Majlis Angkat Sumpah lebih banyak digunakan. Kelazimannya nama atau tajuk juga lebih banyak menggunakan bentuk kata nama seperti Majlis Angkat Sumpah.Tatabahasa02.07.2020
Kemasukan perkataan “panggung” juga menyenaraikan kata terbitan “memanggung” yang membawa maksud “mengangkat”. Imbuhan yang mempunyai awalan “me” bermaksud “melakukan perbuatan”. Jika “mengangkat” itu dari kata dasar “angkat”, adakah “memanggung” itu dari kata dasar “panggung” yang juga bermaksud “angkat”?Dari aspek semantik, kata terbitan "memanggung" hasil daripada kata "panggung" (sesuatu yang diangkat tinggi seperti pentas, tempat duduk, lantai dan sebagainya). Maka, perbuatan memanggung korpus menunjukkan kepala dagu dan sebagainya di angkat juga.Makna30.01.2023
123456789

Kembali ke atas