Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngege[NùE.gE] kata kerjakata kerja1. berkenaan keadaan membongkokkan badan kerana mengangkat sesuatu yang berat.Kesian kawan tengok dia ngangkat guni tu, sampe ngege.[k«.si.jAn kA.wAn tE.N/ di.j« NAN.kAt gu.ni tu sAm.pE NùE.gE]Kasihan saya melihat dia mengangkat guni itu, sampai membongkokkan badan.
cokok II[tS.k/]kata kerjamengangkat gasing yang sedang berputar dengan menggunakan alat atau tangan.Cokok baek-baek gaseng tu, kang mati.[tS.k/ bA.e/.bA.e/ gA.seN tu kAN mA.ti]Angkat elok-elok gasing tu, nanti mati.
dapong[dA.poN]kata kerjamemeluk dan mengangkat sesuatu atau seseorang.Ayoh dapong adek masok bilek.[A.joh dA.poN A.de/ mA.so/ bi.le/]Ayah dapong adik masuk ke bilik.
cokok I[tS.k/]kata namaalat untuk mengangkat gasing yang sedang berputarElok buat cokok dari kayu keraih.[E.lo/ bu.wAt tS.k/ dA.Äi kA.ju k«.ÄAC]Elok buat cokok daripada kayu keras.
sekoi[s«.koj]kata namabekas air yang diperbuat daripada tempurung kelapa, biasanya disimpan secara digantung (tempurung ditebuk sedikit dan dibubuh tali).Dulu-dulu orang pake sekoi nok angkat ae.[du.lu.du.lu .ÄAN pA.kE s«.koj n AN.kAt Ae]Zaman dahulu, orang menggunakan sekoi untuk mengangkat air.

Kembali ke atas