Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kut] | مڠڠکوت

Definisi : 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapa­nya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuat­kan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kut] | مڠڠکوت

Definisi : mengangkat dan membawa pergi: Lori Majlis Perbandaran itu digunakan utk ~ sampah di kawasan Petaling Jaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkut

Puisi
 

Si Nujuh hilir ke kota,
     Dayung mengangkut di pohon kunci;
Rasa kuhidup di kail masa,
     Malam menyebut belum sampai.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
xilemxylemTisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat RajahMenengah Rendah
xilemxylemTisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat RajahMenengah Atas
floemphloemTisu tumbuhan yang mengangkut bahan makanan yang disintesiskan seperti gula dan protein, dari daun ke bahagian tumbuhan yang lain, untuk digunakan atau disimpan. Lihat RajahMenengah Atas
tisu vaskularvascular tissueTisu ini mengangkut air dan nutrien dalam tumbuhan. Ia tisu yang terdiri daripada xilem dan floem. Lihat RajahMenengah Atas
floemphloemTisu vaskular yang berfungsi untuk mengangkut bahan makanan seperti gula dari daun ke bahagian tumbuhan yang lain.Menengah Rendah
sistem limfalymphatic systemJaringan pembuluh yang mengangkut elektrolit, air, protein dan lain-lain, dalam bentuk limfa ke aliran darah.Menengah Atas
sel darah merahred blood cellSel darah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Sel ini berbentuk ceper cekung dan tidak mengandungi nukleus.Menengah Rendah
jasad GolgiGolgi bodyOrganel sel eukariot, yang terdiri daripada timbunan kantung pipih bermembran. Ia berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus, dan mengangkut protein, karbohidrat dan glikoprotein.Menengah Atas
anemiaanaemiaPenyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan.Menengah Rendah

Kembali ke atas