Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.jal] | مڠنجل

Definisi : mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.jal] | مڠنجل

Definisi : melenting lalu kembali spt biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganjal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'melenting dan menganjal' terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud melenting ialah . membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2. bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung (spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya.

Makna17.04.2010
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan.Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja.
 
A. padat B. kenyal C. kental D. mulus
 
Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti;
1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal.
Tatabahasa08.10.2012

Kembali ke atas