Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.jur] | مڠنجور

Definisi : mengganjur, menghela, mena­rik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kem­bali, memundurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.jur] | مڠنجور

Definisi : 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke ha­dap­an; 2. beranjur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.jur] | مڠنجور

Definisi : terdorong atau terkeluar ke muka (melampaui deretan atau banjaran): Semenanjung Malaysia ~ dr Segenting Kra hingga ke Johor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganjur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
westerliesangin baratanSainsHidrometeorologiAngin dominan yang bertiup dari barat ke timur yang terdapat di kawasan latitud tengah di kedua-dua hemisfera di permukaan bumi jalur baratan menganjur puratanya dari sekitaran latitud 35� ke latitud 65� . Pada aras yang tinggi, angin baratan menganjur lebih jauh ke arah khatulistiwa dan ke arah kutub.
stratospherestratosferaSainsHidrometeorologi1. Lapisan atmosfera di atas troposfera tetapi di bawah mesosfera. Ia menganjur dari tropopaus ke ketinggian yang suhunya mula bertambah di sekitar 20 � 25 km. Suhu di stratosfera berjulat dari �45o hingga �75oC. Kadar tukaran suhunya stabil (pada min, hampir isoterma). Ciri yang paling terserlah dalam pola edaran stratosfera ialah kemampatannya; walau bagaimanapun, apabila perubahan berlaku, ia terjadi dengan cepat. Kandungan udara stratosfera pada dasarnya sama dengan atmosfera bawah, dengan tambahan ozon. 2. Lapisan atmosfera yang menganjur ke atas dari tropopaus ke dasar termosfera, iaitu, ke aras suhu minimum pada ketinggian lebih kurang 70 atau 80 km. Dengan takrif ini, stratosfera termasuk mesosfera, ozonosfera, dan semua atau sebahagian daripada kemosfera.
discordant coastlinepinggir laut menganjurGeografiTiadaPinggir laut yang memotong struktur geologi sebuah kawasan. Dikenali juga sebagai pinggi laut Atlantik.
offsetofsetKesenianTiadaBahagian yang menganjur keluar daripada sesuatu permukaan.
sinkholelubang benamGeologiTiadaLubang yang menganjur dari permukaan ke suatu rongga di bawah tanah dan terbentuk umumnya oleh rembesan air permukaan melalui batuan kars.
balconybalkoniKesenianHiasan DalamanRuang yang menganjur keluar dari permukaan dinding sesebuah bangunan. Lazimnya, ruang ini disokong oleh tiang, pendakap atau rasuk tergantung dan dikemaskan dengan kekisi. Balkoni direka bentuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan yang menyediakan ruang tambahan untuk kegunaan harian, seperti beristirahat atau tempat mengeringkan pakaian.
axoplastaksoplasBiologiHistologi dan SitologiFilamen yang menganjur daripada kinetoplas ke akhir sesuatu jasad tripanosom tertentu.
abyssallubukSains MarinTiadaLantai laut yang menganjur ke bahagian dasar lautan yang berada pada kedalaman 4000-6500 m dari aras laut. Lihat juga abis.
siderospheresiderosferaGeologiTiadaBahagian pusat teras bumi yang menganjur dari kedalaman kira-kira 5100 km ke pusat bumi.
pedimentpedimenGeologiTiadaPermukaan batuan bercerun landai yang menganjur jauh dari sebuah dataran tinggi atau gunung di kawasan gersang atau separa gersang, yang terbentuk dari penggondolan, terutamanya hujan yang lebat atau hujan ribut.
123456789

Kembali ke atas