Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nu.ge.rah.kan] | مڠانوݢرهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nu.ge.rah.kan] | مڠانوݢرهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg anugerah; mengurniakan: Baginda telah ~ pingat AMN kpd beliau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganugerahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara mengurniakan dan menganugerahkan ?Dari aspek makna mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata berkenaan. Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja, seperti Baginda mengurniakan bintang kebesaran kepada para penerima/Istiadat pengurniaan pingat sedang berlangsung di Balairung Seri, manakala perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja, seperti Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau/Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik.Tatabahasa19.11.2021
Q. Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. A.menyerahkan B.mengurniakan C.menyampaikan D.menganugerahkan Mengapakah jawapannya ialah 'B' ? Saya ternampak ayat ini di dalam buku. Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan pingat PJK kepada orang-orang yang berjasa. Mengapakah sini letak menganugerahkan?Dari aspek makna, mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan.

a) Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja.
Contoh: Sultan Kedah telah mengurniakan pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu.

b) Perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja.
Contoh:
Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau.
Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik.
Tatabahasa19.11.2021
Mohon pengesahan yang mana satu betul: 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... atau 2. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang kepada...Ayat atau istilah yang betul ialah  1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada...Tatabahasa09.05.2015
Sultan menganugerahkan atau mengurniakan pingat kebesaranKedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain16.08.2017
Mohon DBP cadang penggunaan yang tepat. 1. Sultan menganugerahkan ATAU mengurniakan pingat kebesaran...? 2. Selamat pagi guru dan rakan rakan sekalian / Selamat pagi guru dan rakan rakan. yang mana betul? Terima kasih.1. Penggunaan perkataan yang tepat dalam konteks tersebut ialah Sultan mengurniakan pingat kebesaran. 2. Frasa yang betul ialah Selamat pagi guru dan rakan sekalian.Lain-lain25.05.2021
apakah perkataan posthumous dalam bahasa malaysia. jika tiada apakah perkataan sesuai yang perlu digunakan jika ingin menganugerahkan ijazah kepada calon/penama yang telah meninggal dunia. terima kasihPadanan posthumous dalam bahasa Melayu ialah anumerta.Istilah31.07.2012
Soalan : Sultan telah _______ pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri itu pingat darjah kebesaran. Pilihan jawapan : 1. menganugerahkan 2. menghadiahi Jika jawapan saya B, bukankah penggunaan kata “hadiah” bercanggah dengan konteks melibatkan sultan? Jika jawapan saya A, adakah penggunaan imbuhan saya betul? Mohon pencerahan.Ayat yang betul ialah "Sultan telah menganugerahi pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri itu pingat darjah kebesaran."Lain-lain17.08.2022
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih.1) beliau > be/li/au
2) berdoa > ber/do/a
3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 
4) kaum > ka/um
5) perempuan > pe/rem/puan
6)  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut

haiwan > h/ai/wan
tauladan > t/au/la/dan

Tatabahasa22.10.2019
saya Soleehah Dolah sedang belajar di universiti Fatoni, kelas dasar.ingin bertanya DBP perkataan,Adakah perkataan "universiti" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya?TerimakasihUniversiti membawa maksud institusi atau pusat pengajian tinggi yg memberikan ilmu dlm pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.Makna22.09.2014
Yang manakah yang betul; Dia meletak jawatan. ATAU Dia meletakkan jawatan. sila beri panduan tentang penggunaan "Di.......kan" Terima kasih.

Encik Ahmad,

Yang betul ialah 'Dia meletakkan jawatan'. Di...kan terhasil daripada pembentukan kata kerja dengan imbuhan meN...kan. Contoh, majlis dirasmikan(merasmikan majlis), dianugerahkan(menganugerahkan), dimasukkan(memasukkan) dsb.

Tatabahasa16.05.2010
12

Kembali ke atas