Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nut] | مڠانوت

Definisi : , menganuti menerima se-suatu ajaran (aliran, fahaman, dsb) sbg pegangan yg teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama): ada drpd perbuatan-per­buatan kita telah pun menjadi adat resam yg kita anuti sejak lama; ~ agama Islam; beliau ~ fahaman realisme sosialis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nut] | مڠانوت

Definisi : mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cosmotheistpenganut kosmoteismeSejarahTiadaOrang yang menganut fahaman kosmos dan memegang kepercayaan kepada kewujudan serta kesucian alam semesta sebagai satu sistem yang teratur.
anarchistpenganut faham anarkiSejarahTiadaOrang yang menganut faham anarki atau orang yang menentang institusi perlembagaan dan ingin menggulingkan segala bentuk pemerintahan yang wujud.
الشافعىImam Syafi'iyy; mazhab Syafiieyy; pengikut mazhab Syafi'iyyAgama IslamFiqh1 Muhammad bin Idris 2. Aliran fikiran mazhab Syafi'iyy 3. Orang yang menganut aliran mazhab Syafi'iyy.
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini berkait rapat dengan dasar imperalisme, militarisme dan nasionalisme. Ciri-ciri asas aliran tersebut adalah seperti yang berikut: i. sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang autokratik; ii. struktur negara berbentuk koperatif; iii. pemerintahan berasaskan prinsip kepimpinan yang dijalankan oleh kaum elit; iv. menekankan prinsip autarki; dan v. membebaskan diri daripada pengaruh fatalisme.

Kembali ke atas