Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.pung] | مڠاڤوڠ

Definisi : 1. timbul ke permukaan air, ter­katung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.pung] | مڠاڤوڠ

Definisi : 1 timbul di permukaan air; tidak tenggelam. 2 naik ke atas; terbang di udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengapung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan mengapung-apung atau melayang-melayang yang betul dalam soalan ini. Layang-layang Firdaus _______________ di udara apabila ditiup angin.Penggunaan yang betul ialah Layang-layang Firdaus melayang-layang di udara apabila ditiup angin.Lain-lain18.06.2021
Daun teratai terapung di atas permukaan air. ATAU Daun teratai mengapung di atas permukaan air.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah daun teratai terapung di atas permukaan air.
Lain-lain04.08.2017
Maklum balas Khidmat Nasihat - tiada istilah khusus untuk "Supermoon". Bulan purnama bermaksud bulan bulat penuh pada 15hb. Purnama raya bermaksud purnama yang sebulat-bulatnya. Kamabng/ambang bermaksud terapung. Fenomena Supermoon "moon is full at its closest point to the Earth" bermaksud bulan mengambang kelihata terdekat dengan bumi. Jika purnama bermaksud bulan yang bulat benar, dan kambang berkmasud terapung seoalah-olah mengapung di udara (bukan angkasa). Bolehkah supermoon itu disesuaikan istilahnya dengan purnama ambang? Setitdak-tidaknya bahsa Melayu mempunyai istilah tertentu untuk supermonn.Berdsarkan semakan kami "supermoon" ialah fenomena bulan penuh sama seperti full moon, hanya yang berbeza fenomena "supermoon" bulan kelihatan lebih besar kerana faktor jarak bulan dengan bumi. Pada ketika ini terjemahan "supermoon" dikekalkan kepada bulan penuh (supermoon) dan diletak dalam kurungan perkataan bahasa sumbernya bagi mengelakkan kekeliruan dengan terjemahan full moon. Perkara ini telah dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapatkan istilah yang tepat bagi fenomena tersebut.Istilah14.07.2022
Apakah maksud bagi kata majmuk yang berikut: 1. Bulan mengambang 2. Atur mada 3. Atur acara 4. Atur program 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Alas pintu 8. Jalan tengah 9. Apakah perbezaan antara ibu negeri dan ibu negara? Terima kasih atas balasan tuan.

1. Bulan mengambang ialah  bulan penuh yang bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara.

2. Atur mada tiada dalam data rujukan kami.
3. Dalam data kami , ada perkataan atur cara yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll):

Untuk makna frasa lain, puan boleh menggunakan prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan tersebut.

Tatabahasa04.12.2013

Kembali ke atas