Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'Itu' dan 'Ini' dikategorikan sebagai kata sendi?

Kata "itu" dan "ini" ialah kata ganti nama tunjuk yang berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda atau tempat.

Tatabahasa08.11.2011
Maklum balas daripada DBP....Tiada kata ekstraversi dalam Kamus Dewan DBP. Berdasarkan pencarian melalui Kamus Besar Bahasa Indonesia, ekstraversi merupakan daftar kata bahasa Indonesia yang bermaksud sikap atau ciri keperibadian seseorang yang minatnya lebih mengarah ke alam luar dan fenomena sosial daripada terhadap dirinya dan pengalamannya sendiri . Oleh sebab tiada kata ekstraversi dalam Kamus Dewan DBP, bolehkah kata ekstraversi digunakan dalam penulisan ilmiah di Malaysia? Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan daftar istilah di Malaysia, "extraversion" diberi padanan sebagai ekstraversi yang merupakan istilah dalam bidang psikologi. Tetapi tiada keterangan dinyatakan. Puan boleh menggunakan istilah ini jika sesuai.

Sekain, terima kasih.
Istilah19.03.2019
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak?Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan.Lain-lain12.11.2007
Apakah huraian maksud kata ekstraversi?Salam sejahtera,

Tiada kata ekstraversi dalam Kamus Dewan DBP. Berdasarkan pencarian melalui Kamus Besar Bahasa Indonesia, ekstraversi merupakan daftar kata bahasa Indonesia yang bermaksud sikap atau ciri keperibadian seseorang yang minatnya lebih mengarah ke alam luar dan fenomena sosial daripada terhadap dirinya dan pengalamannya sendiri .

Sekian, terima kasih.
Istilah14.03.2019
Jika maksud' jawatankuasa pengelola'' dan jawatankuasa kerja' mempunyai makna yang sama dan penggunaannya bergantung pada konteks dan situasi. Bolek tak tuan berikan contoh situasi yang menampakkan perbezaan dari segi penggunaannya.

Yang biasa digunakan ialah jawatankuasa kerja. Pengelola ialah orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.

Tatabahasa03.03.2010
Saya berminat untuk mngembangkan bakat atau mengisi waktu apabila melangkah ke alam persaraan dalam masa 4 tahun 1/2 lagi. Walau bagaimanapun penumpuan idea atau kecenderongan ke arah skop penulisan belum ada lagi yang kukuh. masih mencari apa bidang yang sesuai dan mengarah pemikiran untuk menampilkan cetusan idea yang boleh diisi dalam pencernaan ayat dan perkataan yang begitu mantap untuk dibaca atau ditatap oleh segelintir manusia barangkali. Aliran pemikiran dan penulisan tidak menjurus kepada trend sesiapa kerana saya ingin gaya dan kekuatan tersendiri. Apakah yang boleh dilakukan buat permulaan sekarang ? Adakah elok saya menulis artikel atau penulisan awalan untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya . Memang betul sebagai asas saya perlu banyak membaca supaya saya tahu pelbagai jurusan penulisan serta teknik yang digunakan. Perlukah saya belajar pelbagai teknik penulisan? Kalau saya ingin penulisan saya dibukukan bagimana caranya ?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain22.10.2009
Yang manakah betul? (a) Mereka mencuba melupakan masalah itu. (b) Mereka cuba melupakan masalah itu.

Puan Wong Shiaho,

Frasa yang tepat ialah:

(a) Mereka mencuba melupakan masalah itu.

 

(Nota: kata cuba membawa maksud mengajak, mengarah atau menyuruh. Contoh ayat: Cuba kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu. Manakala mencuba membawa maksud  berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan mencuba mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu.) Dalam konteks ayat puan, tidak ada unsur suruhan atau mengajak tetapi lebih menyatakan usaha mereka untuk mencuba melupakan masalah mereka (dengan rela hati/proses).

Tatabahasa12.04.2009
Apakah maksud modal insan?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain19.11.2007
SALAM SEJAHTERA...SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN MENGENAI MAKSUD PERKATAAN ' PEMBANGUNAN MODAL INSAN'Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain31.07.2008
maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
12

Kembali ke atas