Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKLON

Siklon ialah kawasan atmosfera bertekanan rendah

yang menghasilkan putaran tiupan angin mengarah

ke dalam. Siklon boleh meliputi kawasan seluas

separuh keluasan Amerika Syarikat. Siklon khusus

yang kuat dan dengan garis pusat antara 90 hingga

2400 meter dikenali sebagai tornado.

UMUM 
TRANSKRIPSIProses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
ALLEN, WOODY

Allen, Woody (1935– ) ialah pelakon, pengarah,

pengarang, dan pelawak Amerika. Allen menulis,

mengarah, dan membintangi banyak filem komik.

UMUM 
SARGENT, SIR MALCOLM

Sargent, Sir Malcolm (1895–1967) ialah

pemimpin muzik Inggeris yang terkemuka. Dia

menjadi masyhur semasa mengarah Henry Wood

Promenade Concerts. Sargent menjadi ketua

pemimpin BBC Symphony Orchestra dari tahun 1950

hingga tahun 1957, apabila dia menjadi ketua kepada

konsert Promenade Concerts. Dia kekal memegang

jawatan ini sehingga dia meninggal dunia.

UMUM 
RENOIR, JEAN

Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem

Perancis. Filemnya banyak mendedahkan

kelemahan manusia dan mencemuh sikap

masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga

menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan

kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36

buah filem termasuk dua buah filem yang paling

digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand

Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan

The Rules of the Game (1939) menyindir

perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada

sebuah parti hujung minggu.

UMUM 
ORMANDY, EUGENE

Ormandy, Eugene (1899–1985), menjadi salah

seorang pemimpin orkestra yang paling terkenal di

dunia dalam tempoh kerjayanya yang panjang di

Amerika Syarikat sebagai pengarah Philadelphia

Orchestra. Dari tahun 1936 hingga tahun 1938,

Ormandy berkongsi mengarah orkestra ini dengan

Leopold Stokowski. Ormandy berkhidmat sebagai

pengarah muzik tunggal orkestra tersebut dari

tahun 1938 hingga tahun 1980.

UMUM 
HILIR

HILIR, bahagian sungai yang mengarah ke pantai. Kawasan hilir sungai biasanya dipenuhi dengan pokok bakau dan jenis pokok tropika yang tumbuh di tepi laut. Sebahagiannya dibersihkan untuk kegiatan penanaman padi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas