Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Raja mengarahkan agar tukang masak datang ennghadap baginda di balai penghadapan. tuan, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mengarahkan/ TQMengarahkan dalam konteks ayat tersebut boleh digantikan dengan meminta. Tatabahasa19.09.2011
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TKPerkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;

Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut.
Tatabahasa24.04.2013
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan dengan padan? TKPadan bermaksud sesuai atau sama. Sila rujuk kamus untuk mencari perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa22.07.2012
cikgu ali (mengarahkan/menasihati) murid-murid menggunakan komputer dengan baik.Cikgu Ali menasihati murud-murid menggunakan komputer dengan baik.Tatabahasa27.04.2010
Dalam penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat di bawah adakah betul jika; 1.Germain mengarahkan sepucuk pistol ke kepala saya 2.Tiada gunanya kamu mengarahkan sepucuk pistol ke saya 3. Kita perlu membuat sebuah rancangan yang betul 4.Kita perlu membuat suatu rancangan yang betulBerdasarkan semua cadangan padanan jawapan yang diberikan, jawapan tersebut betul.Tatabahasa05.11.2021
Salam Tuan/Puan, Kami rujuk permohonan kami (No. Ruj: 51326/2019) di mana pihak tuan telah menolak serta mengarahkan supaya permohonan dikemaskini. Untuk makluman pihak tuan/puan, kandungan permohonan ini adalah sama seperti permohonan No. Ruj. 37248/2018 yang diluluskan pihak tuan/puan pada tahun 2018 (dari segi jenis/font dll). Walau bagaimanapun, permohonan bagi tahun 2019 telah ditolak. Kami telah mengemaskini dengan memuat naik fail baru tetapi permohonan kami tetap ditolak. Kami mohon penjelasan lanjut catatan DBP, "Apakah yang dimaksudkan dengan Jiran Anda? " dan apa yang perlu dilakukan pihak kami bagi meluluskan permohonan tersebut memandangkan tiada ruang untuk kami menjawab catatan tersebut. Untuk makluman, "Jiran Anda" adalah moto atau cogan kata perniagaan yang kami jalankan. Sekian, terima kasih.Mohon pihak puan mengemaskini semula iklan yang ingin diluluskan ini dan menghubungi pegawai kami untuk memaklumkan tentang kelulusan iklan pada tahun sebelum ini melalui talian 03-21479112 (Pn. Ana) untuk mendapatkan kelulusan.Lain-lain25.09.2019
salam....saya nak bertaya pandangan pihak DBP mengenai tugasan asgment saya...apakah pandangan pihak tuan jika Kementerian Pendidikan mengarahkan guru b.melayu mengajar dalam bahasa inggeris....

Terlebih dahuli saya ingin tahu sama ada kerjaya sdr guru (pendidik)? Jika kerjaya sdr guru sudah tentu sdr mendapat pendidikan yang sempurna dalam bidang tersebut. Contoh pedagogi pendidikan, kaedah mengajar, kaedah belajar, motivasi, pembelajaran aktif, pembelajaran pasif, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan guru. Bagaimana impak teknologi dalam pendidikan. Di mana pertemuan antara pedagogi dengan teknologi (ICT). Pedagogi pendidikan menggunakan ICT dan banyak lagi teori-teori pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru sebelum menjadi guru yang berjaya. Jika guru menguasai pedagogi pendidikan sudah tentu ia boleh mengajar bidang apa sahaja yang diarahkan dengan syarat mereka menguasai bidang tersebut. Tidak semestinya guru Bahasa Melayu hanya meguasai bidang Bahasa Melayu sahaja. Sistem pembelajaran kita juga memerlukan murid mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan dan perlu lulus dalam subjek tersebut. Mustahil seorang guru hanya mempelajari Bahasa Melayu sahaja sepanjang pembelajarannya di alam persekolahan. Oleh itu sepatutnya tiada masalah guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris. Guru yang tidak menguasai Bahasa Inggeris sepatutnya belajar menguasai bahasa tersebut. Bermakna guru sekarang ini perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Guru juga perlu aktif saperti juga bagaimana kita harap murid aktif belajar.

 

Lain-lain18.03.2011
Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023.

Penulisan  bagi istilah Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”.  Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut:
 

i.          Prosedur Pengendalian Standard

ii.         Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi)

iii.        Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik)

Istilah17.10.2023
Saya hendak menanyakan masalah berkenaan kata kerja ayat suruhan "garisi". Contoh ayat: 1. Garisi kata-kata kerja transitif yang mempunyai kesalahan imbuhan dalam petikan. Dalam ayat (1), dengan perkataan "garisi", arahan soalan mengarahkan pelajar membuat garis DI BAWAH, atau PADA kata-kata kerja transitif? Bagaimanakah kita hendak mengetahui bahawa sama ada arahan soalan menyuruh kita membuat garis DI BAWAH atau PADA sesuatu perkataan atau frasa dengan penggunaan perkataan "garisi"?Ayat ini hanya ditemukan dalam laras peperiksaan. Lazimnya arahan ini mengehendaki pelajar membuat garis di bawah perkataan yang dimaksudkan. Sepatutnya tidak timbul lagi persoalan membuat garis di bawah atau pada perkataan tersebut.Tatabahasa27.12.2014
assalamualaikum. saya ingin bertanya, apa perbezaan 'Sila' dan 'Tolong'? saya dapati terdapat beberapa papan (banner) di kantin menggunakan ayat "Sila beratur dalam barisan". sedangkan apa yang saya faham, 'Sila' digunakan untuk menjemput, bukan mengarahkan. terima kasih.Dengan merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “sila” ada membawa maksud menjemput atau mengajak. Perkataan “tolong” pula ada membawa maksud meminta atau memberikan bantuan/sokongan. Oleh itu, ayat  “Sila beratur dalam barisan”  diterima kerana ada membawa maksud mengajak orang supaya beratur dalam barisan. Sekian. Terima kasih.Tatabahasa16.07.2018
12

Kembali ke atas