Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengetahui secara terperinci maksud seni mengarangSecara umumnya, seni mengarang mengenai seni karang-mengarang. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 .Lain-lain07.03.2013
Salam, Perkataan 'mengarang' merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat ini tergantung? 1. Sze Ling suka mengarang pada masa lapang. Boleh tuan/puan berikan alasan? Terima kasih.Mengarang merupakan kata kerja transitif. Ayat yang diberikan tergantung. Sepatutnya, Sze Ling suka mengarang cerpen pada masa lapang. Kata kerja transitif - kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Tatabahasa08.05.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan seni mengarang ? Terima kasih.Secara umumnya, seni mengarang mengenai seni dalam menghasilkan karya. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 .Tatabahasa16.03.2013
1. Pertandingan karangan atau pertandingan mengarang? 2. mengikut ekspedisi meredah / merempuh hutan belantara? Terima kasih.Frasa yang lazim digunakan ialah pertandingan mengarang, namun perlu dilengkapkan objek yang dikarang seperti "pertandingan mengarang esei".Tatabahasa17.10.2014
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun.Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betulTatabahasa12.02.2009
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang?Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasihLain-lain09.03.2010
Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pernah mengeluarkan Buku Teks atau Buku untuk bacaan umum yang bertajuk " Kaedah Mengarang Dalam Bahasa Melayu untuk Guru-guru dan Pelajar Sekolah Menengah Malaysia? Sebagai contoh seperti,' Ilmu Mengarang Melayu" oleh Pendeta Za'ba.Tuan boleh menghubungi Kedai Buku DBP untuk mendapatkan buku berkenaan (jika ada stok) di talian 03-21455501 atau e-mel pertanyaan tuan kepada koopdbp@yahoo.com.Lain-lain10.04.2015
betul atau salah? pertandingan bercerita pertandingan mewarna sudut bacaan pertandingan mengarang1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. Oleh itu, untuk dua lagi pertandingan perlu ditukar menjadi pertandingan mewarnakan lukisan dan pertandingan mengarang esei. Tatabahasa08.03.2010
Salam sejahtera dan salam perpaduan diucapkan, saya seprang pelajar dari unimas. Saya amat berminat untuk mengarang esei mahupun cerpen pendek...saya juga teringin untuk menghasilkaan artikel-artikel yang dapat dikongsi kepada yang lain melalui hasil penulisan saya. Bolehkah tuan/puan mencadangkan kepada saya, di mana saya dapat menghantar artikel-artikel yang dikarang oleh saya atau dapatkah membuatnya sebagai kerja sambilan sambil belajar...saya turut boleh mengarang sesuatu artikel mengikut tajuk yang diberikan kepada saya...motif utama adalah untuk memperutuhkan penggunaan bahasa melayu saya dengan lebih mendalam lagi...diharapkan agar tuan/puan dapat memberikan respon terhadap soalan yang telah saya utarakan...sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada saudari,

Berkaitan dengan pertanyaan saudari tersebut, KNB mencadangkan saudari merujuk majalah-majalah yang diterbitkan oleh DBP. Untuk makluman saudari, DBP setiap bulan menerbitkan pelbagai majalah dalam pelbagai bidang antara  Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, dan lain-lain. Dalam seperti majalah tersebut, ada disediakan surat atau pendapat daripada pembaca. Justeru, saudari boleh memanfaatkan ruangan-ruangan tersebut untuk menghantar setiap hasil tulisan saudari yang berkaitan. 

Untuk penulisan kreatif pula seperti cerpen dan puisi, saudari boleh menghantar karya ke majalah Tunas Cipta dan Dewan Sastera. Untuk mendapat alamat setiap majalah tersebut, saudari boleh merujuk di laman internet DBP.  Sekian, terima kasih.

Lain-lain21.02.2010
Adakah nama pejabat karang mengarang ditukar kepada upsi selepas kemerdekaan?Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara.Lain-lain11.07.2012
1234567

Kembali ke atas