Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rau] | مڠاراو

Definisi : mengacau supaya bercampur ba­ur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rau] | مڠاراو

Definisi : mengaduk, mengacau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
speech scrambling frequency domaindomain frekuensi mengarau percakapanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penggantian terhadap puncak amplitud suara. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan frekuensi yang betul.
speech scrambling time domaindomain masa mengarau percakapanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penyusunan terhadap gelombang suara dalam segmen masa yang tertentu. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan segmen masa yang betul.
single action reelkekili sehalaPerikananTiadaKekili yang mempunyai gelendong yang berputar secara sehala. Kekili sehala memudahkan kerja mengarau dan boleh mengelakkan tali daripada kusut. Kekili jenis ini berbeza dengan kekili yang mempunyai gelendong yang berputar secara dua hala. Sinonim serek sehala.
anti-tangle devicealat antikusutPerikananTiadaAlat yang khusus digunakan untuk mengelakkan tali pancing daripada kusut semasa proses menghulur dan mengarau. Alat ini diperlukan kerana sifat tali pancing yang mudah berpintal.
pumping powerkuasa enjutPerikananTiadaDaya yang dikenakan semasa mengenjut joran ketika menarik hasil pancing. Semasa menarik ikan, joran dienjut berulang kali untuk mengarau tali ke dalam gelendong.
rod pumpingenjut joranPerikananTiadaKaedah menarik dan melepaskan joran bagi menaikkann ikan yang dipancing. Melalui kaedah ini, joran dienjut berulang kali supaya memudahkan pemancing mengarau tali ke dalam kekili.
bale armlengan pengarauPerikananTiadaDawai separa bulat yang terdapat pada kekili. Dawai ini ditolak ke arah bertentangan semasa lontaran dibuat dan balik ke kedudukan asal semasa proses mengarau tali pancing.
fighting dragtarik hulurPerikananTiadaKaedah memancing yang menghasilkan daya tarikan antara pemancing dengan ikan yang dikail. Daya ini menghasilkan pertarungan yang menyeronokkan kepada pemancing. Melalui kaedah ini, pemancing akan membiarkan tali pancing ditarik keluar apabila berdepan dengan ikan bersaiz besar yang biasanya mempunyai daya tarikan melebihi kuasa tarikan pemancing. Pergerakan ini berlaku beberapa kali sehingga ikan menjadi lemah dan setelah itu, pemancing mengarau tali pancing sehingga ikan dinaikkan ke atas dek bot.
anchor draggingpukat tarik DenmarkPerikananTiadaPukat yang berasal dan direka bentuk dari Denmark. Pukat ini sesuai digunakan di dasar laut yang luas dan bebas daripada batu-batu yang tajam. Dalam operasinya, boya Dhan akan disauhkan terlebih dahulu di kawasan yang lapang. Kapal akan membawa satu hujung tali tunda dan melepaskan tali tunda dan pukat tarik sambil mengelilingi kawasan penangkapan ikan. Setelah tali tunda dan pukat selesai dilabuhkan, kapal akan menghampiri semula boya Dhan dan akan tertambat pada tali sauhnya. Keseluruhan kerja mengarau dan mengambil tangkapan dilakukan semasa kapal disauhkan. Operasi seterusnya dilakukan di lokasi sauh yang sama sehingga keseluruhan kawasan sekelilingnya diliputi. Operasi pukat ini dilakukan berdasarkan arus pasang surut. Sinonim pukat tarik sauh.

Kembali ke atas