Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara mengasah dengan menyabit?contoh,mengasah kapak.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengasah ialah menajamkan, mengilir, mencanai, menyerodi atau menggosok (untuk meratakan, melicinkan dan lain-lain. Contoh ayat, Pak Ali sedang mengasah pisau. Menyabit pula bermaksud  memotong padi, rumput dan lain-lain  dengan sabit. Contoh ayat, Pak Abu sedang menyabit di bendang.Makna21.08.2021
mengasah masa lapang betul tak

Dicadangkan mengisi masa lapang lebih baik daripada mengasah masa lapang. Dalam penulisan sastera "mengasah masa lapang" dibolehkan seperti penulisan dalam puisi atau cerpen.
Tatabahasa21.05.2017
Pak Tua __________ buluh untuk membuat nyiru itu dengan pisau sehingga nipis.(meraut, mengasah) Adakah perkataan membuat itu betul? Atau perlu diganti dengan dibuat? Apa perbezaan dua perkataan tersebut?Meraut ertinya melicinkan sesuatu (spt buluh, rotan) dgn pisau: ~ rotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala mengasah pula ertinya  menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam

Jawapan yang sesuai ialah meraut

Untuk keterangan lanjut saudari boleh rujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa11.05.2020
Salam satu Malaysia, Tuan/Puan, Saya ingin mengajukan satu solan. Adakah saya boleh mengembangkan atau mengasah bakat dalam dunia sastera dan penulisan? Jika ya, bolehkah pihak tuan memberikan email-email yang boleh digunakan untuk saya menghatar karya? Adakah pihak tuan memberi sebarang saguhati? Terima Kasih atas nasihat.Salam Sejahtera. Saudara, boleh menghantar karya penulisan kreatif kepada editor majalah terbitan DBP, bayaran honorarium berupa wang tunai akan diberikan jika karya yang dihantar terpilih untuk siaran. Editor Dewan Pelajar (Siti Zubaidah Sekak, zubaidah@dbp.gov.my), Editor Dewan Siswa (Haziah Che Husin, haziah@dbp.gov.my), Editor Tunas Cipta (Siti Noorisa Abd. Khlil, sitinoorisa@dbp.gov.my), Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti, fadhli@dbp.gov.my). Bagi tujuan meengikut kursus penulisan, Saudara boleh berhubung dengan Ustaz Haji Azman bin Ahmad, Bahagian Pengembangan Bakat dan Kepakaran (azman_a@dbp.gov.my). Selamat Berkarya.Pembinaan Bakat14.07.2014
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn.Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini?

Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'.

Makna18.08.2009
Salam, saya berminat dalam penulisan cerita pendek terutama sekali dalam Bahasa Kadazandusun. Saya ada menulis beberapa cerita pendek dan bercadang untuk diketengahkan kepada umum melalui DBP. Soalannya ialah a) dengan siapakah saya boleh berhubung b) apakah bentuk penulisan seumpama ini dibenarkanBagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my.Karya30.05.2015
Saya ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan dan DBP adalah gedung sastera yang terbaik bagi saya. Sekiranya saya mempunyai manuskrip puisi dan novel untuk diterbitkan oleh DBP, bagaimanakah caranya untuk saya laksanakan? Siapakah personel yang mungkin boleh saya berhubung terus dengan beliau tentang perkara ini? Jutaan terima kasih.Bagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my.Lain-lain26.05.2015
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Nama saya Abdul Aiman pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ingin mengajukan satu soalan.Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berminat dan mengalukan sekiranya kami ingin mengetengahkan hasil penulisan karya pelajar ke dalam majalah-majalah pihak DBP.Inisiatif ini bagi menggalakkan penulisan karya dalam kalangan pelajar disamping untuk mengasah bakat dan menggalakkan para pelajar dalam menghasilkan karya-karya.Usaha ini sesuai dengan matlamat DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu disamping melahirkan pelajar berintelek dalam berkarya seterusnya melahirkan serta mengcungkil bakat pelajar yang terpendam.Moga-moga usaha ini dapat dititikberatkan oleh pihak DBP.Moga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan diatas keputusan pihak tuan dalam memutuskan apa jua keputusan.Moga keputusan tersebut memberi faedah bersama.
Assalamualaikum/ Selamat sejahtera,
 
Tuan/ Puan yang dihormati,
 
Waalaikumussalam Encik Abdul Aiman.
 
Terima kasih kerana berminat untuk menghantar karya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami dari Bahagian Majalah sangat mengalu-alukan kiriman karya daripada penulis. 
 
Untuk makluman tuan, bagi penulis dalam kalangan remaja atau pelajar dari Institut Pendidikan Guru atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta, majalah yang sesuai untuk penghantaran karya ialah majalah Dewan Siswa (DS) danTunas Cipta (TC)
 
Tuan dan rakan bolehlah menghantar karya kreatif (cerpen atau puisi) dan karya bukan kreatif (rencana, berita dan lain-lain) kepada editor majalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, tuan bolehlah merujuk ruangan yang disediakan dalam majalah yang berkaitan untuk mendapatkan lebih kefahaman tentang karya diperlukan.
 
Tuan dan rakan bolehlah e-melkan karya yang berkaitan kepada editor DS melalui e-mel, yusaida@dbp.gov.my dan penolong editor DS, suhaila@dbp.gov.my atau editor TC melalui e-mel, noorisa@dbp.gov.my dan penolong editor TC, syafiqahkhalid@dbp.gov.my.
 
Selamat berkarya.
 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.11.2019
saya seorang pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran bahasa malaysia dan mengalami kerumitan untuk mengarang dengan tatabahasa yang tepat dan gramatis. apakah cadangan untuk saya memperbaiki wacana saya? saya juga mengalami kesukaran untuk menghafal asal usul bahasa melayu serta fonologiSdr perlu banyak membaca buku ataupun rencana mengenai bahasa.Selain itu, sdr perlu banyak menulis dan menjadikan Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai rujukan utama. Dengan cara ini sdr akan dapat mengasah bakat dalam penulisan seterusnya Kamus Dewan dapat dijadikan bahan untuk mendapatkan perkataan baharu setiap hari. Proses menulis, membuat rujukan ini perlulah berkesinambungan dan berterusan. Tentang asal ususl BM dan fonologi sdr juga digalakkan membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. T.kasih.Lain-lain12.08.2008
12

Kembali ke atas