Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whetstonebatu asah; batu canaiGeografiTiada1. Batu asah: Batu untuk mengasah perkakas seperti pisau dan lain-lain. 2. Batu cadai: Batu untuk mengasah, mengerudi atau melicinkan sesuatu.
whetstonebatu asah; batu canaiGeologiTiada1. Batu asah: Batu untuk mengasah perkakas seperti pisau dan lain-lain. 2. Batu cadai: Batu untuk mengasah, mengerudi atau melicinkan sesuatu.
whetstonebatu asah; batu canaiPentadbiran PerniagaanTiada1. Batu asah: Batu untuk mengasah perkakas seperti pisau dan lain-lain. 2. Batu cadai: Batu untuk mengasah, mengerudi atau melicinkan sesuatu.
twist drill grinderpencanai gerudi piuhKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat berbentuk cakera tebal yang dipacu oleh motor dan digunakan untuk mengasah mata gerudi piuh. Alat ini boleh dipasang di atas meja atau mempunyai kakinya sendiri. Alat ini juga mempunyai pelapik mata alat yang boleh disetkan sudutnya semasa kerja mengasah.
whetmengasahPertanianTiadaTiada
fitsawan; tegap; padan pasang; mengulit; takik; mengasahPerhutananTiadaTiada
sharpeningpenajamanPerubatanTiadaProses mengasah sesuatu supaya runcing dan tajam.
honebatu kilirKesenianTiadaBatu untuk mengasah mata alat.
reskillingpemahiran semulaPentadbiranTiadaKaedah untuk mengasah semula kemahiran dalam diri seseorang individu atau kumpulan individu melalui kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh majikan khususnya kepada pekerja lama.
reskillingpemahiran semulaPengurusanTiadaKaedah untuk mengasah semula kemahiran dalam diri seseorang individu atau kumpulan individu melalui kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh majikan khususnya kepada pekerja lama.
123

Kembali ke atas