Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasingkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera SULAIMAN KAIAT, Soalan : 01 Bagaimanakah caranya untuk mengasingkan suku kata bagi sesuatu perkataan ? Adakah mengikut sebutan perkataan atau terdapat cara yang lain ? 02 Bagaimanakah caranya hendak mengasingkan dua perkataan di bawah ? ( a ) mengelakkan Jawapan guru sekolah ialah me + nge + lak + kan ( b ) ampaian Jawapan guru sekolah ialah am + pa + ian Adakah jawapan bagi kedua-dua perkataan adalah salah, tolong beri tunjuk ajar. Tolong beri jawapan dengan secepat mungkin kerana kami menerima aduan daripada ibu bapa. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.Kenal pasti kata dasar tersebut dan seterusnya mengenal pasti imbuhan pada perkataan tersebut untuk mengasingkan suku kata. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu atau Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan. Suku kata untuk mengelakkan ialah 'meng + e + lak'. Suku kata ampaian pula ialah 'am + paian'. Harap maklum.Tatabahasa23.07.2008
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?)1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan.
2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan.
Tatabahasa03.09.2013
salam. saya hendak tanya ada tak pihak dbp mengeluarkan kamus khas yang mengasingkan kata jati bahasa melayu, kata serapan inggeris dan kata serapan arab?Belum ada lagi kamus khusus kata jati bahasa Melayu dan kata serapan. Kamus Dewan merakamkan semua kata yang terdapat dalam korpus bahasa Melayu termasuklah kata jati dan kata serapan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab serta bahasa-bahasa lain.Lain-lain25.05.2015
Kata hubung: Perbezaan antara kemudian dan lalu. Soalan:encik lim membuka pintu _____masuk ke dalam pejabatnya. Sayuran itu direndam dengan air garam ______dibasuh bersh-bersih. Dia mengasingkan buku itu ________disusun di atas rak. Nani mengambil buku latihannya ______disusun di atas rak buku. Minta tunjuk ajar,tqTidak ada rujukan yang khusus dalam pangkalan data kami tentang perbezaan antara kedua-dua kata hubung tersebut. Kata kemudian dan lalu digunakan bagi menghubungkan dua perkara yang berlaku berturut-turut, tetapi tidak ditemukan batas panggunaan atau pengkhususan bagi kedua-duanya. Melihat kepada aspek makna, kemudia bermaksud selepas sesuatu waktu dan lalu bermaksud  yang sudah lepas. Berdasarkan aspek makna, kedua-dua kata hubung tersebut  bertukar ganti dalam banyak keadaan. 
1. Encik lim membuka pintu kemudian/lalu masuk ke dalam pejabatnya.
2. Sayuran itu direndam dengan air garam kemudian/lalu dibasuh bersh-bersih.
3. Dia mengasingkan buku itu kemudian/lalu menyusunnya di atas rak.
4. Nani mengambil buku latihannya kemudian/lalu menyusunnya di atas rak buku.
Tatabahasa09.04.2014
salam 1 Malaysia. Apakah maksud dengan "menumbuk padi" terima kasihMenumbuk padi ialah kaedah mengasingkan beras daripada hampasnya. Peralatan yang biasa digunakan ialah lesung.Istilah16.01.2013
apakah maksud head on,dan isolateHead on bermaksud depan sama depan. Isolate bermaksud mengasingkan atau terasing bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.Makna24.07.2008
Salam sejahtera. Saya terbaca ayat-ayat ini dalam satu rencana Utusan Malaysia: 'Asingkan di punca!' dan '...orang ramai yang tidak mengasingkan sampah di punca dengan betul'. Apakah maksud 'di punca' dalam ayat-ayat ini? Adakah 'di' digunakan dengan betul? Terima kasih daun keladi.Untuk makluman tuan penggunaan frasa DI PUNCA  boleh digunakan dalam penerbitan dan kempen yang dilakukan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265, kata sendi nama di digunakan khusus di  hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Konsep punca bagi kempen tersebut ialah tempat (rumah, kilang, dan sebagainya).Lain-lain01.06.2017
saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahaa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa malayu. Apakah makna pisahkan.Pisahkan bermaksud memisahkan atau mengasingkan yang satu daripada lain.

Makna10.11.2015
Mengapakah kata 'meng-e-melkan' mengandung 2 tanda sempang ?Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum.Ejaan24.09.2007
salam, tuan mengapa ejaan meng-e-melkan dieja seperti ini tidak dieja menge-melkan. mohon penjelasanTerdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-e-melkan' adalah untuk mengasingkan ejaan perkataan 'e-mel' daripada imbuhan 'meng-' supaya sebutannya tidak menjadi me.nge.mel.kan. Sebutan yang betul ialah meng.e.mel.kan. Ejaan18.04.2011
12

Kembali ke atas